ANIMSI

home

Followers


Tuesday 19 June 2012

ANWAR MENANG SAMAN NALLA, TAPI BUKAN KES AKSI TERLARANG!!

 
SHAH ALAM - Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.
Peguam Anwar, Latheefa Koya berkata, selepas mendengar hujah kedua-dua pihak di kamarnya, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam mengetepikan pernyataan pembelaan pembela.
Katanya, mahkamah juga mengarahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar.
Jumlahnya akan ditentukan oleh Pendaftar Mahkamah kelak.
Anwar diwakili oleh Latheefa dan M Afiq Noor manakala Nallakaruppan pula oleh Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, Sarah Abishegam dan Nurul Nabiha.
Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat memfailkan saman itu pada 25 Ogos 2008 berhubung artikel bertajuk "Anwar terima RM60 juta" sekitar Ogos 2008 kerana mendakwa Nallakarupan bercakap sesuatu yang tidak benar mengenainya.
Dalam pernyataan pembelaannya pula, Nallakaruppan berkata beliau tidak berniat jahat ketika mengeluarkan kenyataan itu dan berada dalam perlindungan bersyarat.

TETAPI KITA MASIH MENUNGGU PENDEDAHAN DATUK NALLA BERKENAAN RAKAMAN TIVOLLI VILLA,
 
 Datuk S.Nallakaruppan mendedahkan bahawa rakaman yang dilakukan di Tivolli Villa adalah untuk keselamatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang dibawah 'jagaan' beliau ketika itu.

Ketika ditanya lebih lanjut selepas sidang media beliau menyatakan bahawa apa apa saja berkemungkinan akan berlaku didalam bilik yang akan menyebabkan kedudukan TPM dalam bahaya dan tergugat.

Bahaya yang dimaksudkan ialah tuduhan rogol, pukul dan sebagainya yang mungkin dibuat oleh pasangan TPM pada masa itu. Rakaman audio visual dibuat untuk simpanan dan bukan untuk tayangan kepada mana mana pihak.

Nalla berpeluang untuk menggunakan video video tersebut untuk kepentingan diri sendiri pada masa beliau ditangkap dan dimasukkan kepenjara pada tahun 1998. Tapi memandangkan setianya beliau kepada Anwar, beliau sanggup merengkok didalam penjara dan menyepikan hal video video tersebut.

Kini Nalla bertegas akan menggunakan video vidoe tersebut sebagai senjata ampuh untuk menghalang Anwar dari mencapai cita cita beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Nalla juga membayangkan yang beliau sedia 'melepaskan' Anwar sekiranya Anwar meninggalkan terus arena politik.

No comments:

Post a Comment