ANIMSI

home

Followers


Friday, 18 May 2012

MUZAKARAH PAS UMNO- DAP DIAMBANG KEGELISAHAN, LIM KIT SIANG DAN ANWAR AKAN CUBA SABOTAJ!!



Soal berkaitan muzakarah antara dua parti terbesar negara yang sama-sama berteraskan Islam dan Melayu yakni PAS dan UMNO bukanlah satu yang baru.
Namun, sering kali sebelum ini ia hanya berakhir dengan kata-kata.
Mursyidul AM PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selalunya tidak berminat dengan sebarang bentuk idea muzakarah bersama UMNO.
Beliau pada satu masa melihat UMNO sebagai tidak boleh dipercayai. Beliau pernah berkata bersedia mendapatkan kerjasama daripada syaitan untuk menang pilihan raya namun tidak pernah berkata bersedia untuk berkerjasama dengan UMNO.
“Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata UMNO tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah,” kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur semalam.
Itulah Niz Aziz sebelum ini. Tidak ada rundingan dengan UMNO dalam apa keadaan sekali pun.
Kali ini idea Muzakarah timbul kembali, memeranjatkan ia datang dari pihak PAS dan lebih memeranjatkan Nik Aziz pula bersetuju.
Idea muzakarah itu dilontarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan disusuli dengan pendirian yang sangat positif dari Nik Aziz.
Tidakkah ini satu kejutan yang mengembirakan untuk politik tanah air kita dalam masa beberapa tahun ini?
Kesungguhan Nik Aziz kali ini berbeza dari sebelum ini.
Jika dulu beliau menolak sama sekali muzakarah dengan UMNO, kali ini beliau bersedia hingga ke tahap “soal skop perbincangan boleh ditentukan kemudian,”.
Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau tidak kisah jika ada sebilangan ahli PAS yang tidak mahu muzakarah itu diadakan.
Beliau menegaskan bahawa pertemuan itu penting demi menyelesaikan isu-isu berbangkit.
Apa isu-isu berbangkit itu mungkin sukar untuk ditafsir secara tepat kini, namun ia pastinya berkisar kepada nasib Islam dan Melayu di negara ini.
Sejarah membuktikan PAS sebuah parti yang pernah tampil menyelamatkan Islam dan Melayu di negara ini dengan meletakan fahaman politik ke tepi. PAS pernah bergabung dengan UMNO, sayangkan kesepakatan itu tidak bertahan lama.
Apakah sekali lagi kepimpinan tertinggi PAS melihat Islam dan Melayu itu berada dalam keadaan genting ketika ini? Kalau secara kasarnya, dengan DAP sebagai kuasa de’facto dalam Pakatan Rakyat, mungkin ketakutan itu ada asasnya.
Dan tidakkah PAS bersama UMNO itu mungkin nampak lebih molek berbanding PAS bersama DAP?
Kalau dulu UMNO mahu, PAS tidak mahu, kali ini PAS mahu, UMNO setuju. Jadi tunggu apa lagi?
Jangan tunggu sampai pemimpin seperti Anwar Ibrahim mula memainkan peranan yang sebaliknya kerana muzakarah antara PAS dan UMNO bukanlah sesuatu yang mengungtungkan beliau yang bercita-cita terlalu besar untuk menjadi Perdana Menteri negara ini pada apa kos sekali pun.
Berdoalah kepada Allah SWT, agar sekali ini UMNO dan PAS dapat memperlihatkan betapa Islam itu boleh bersatu.
Untuk PAS dan UMNO bersatu masih terlalu jauh untuk difikirkan, namun kalau boleh duduk semeja berbincang cara baik tanpa perlu ada pendekatan menghuru-harakan negara seperti Bersih di bawah Ambiga, apa salahnya ia dipercepatkan.

1 comment:

  1. isu berbangkit adalah pas nak cuci nama dia semula..bukan nak bergabung pun..pas dah kotor teruk sekarang..dari isu rusuhan sampai isu bapak kafir.

    politik..semua benda boleh pusing

    ReplyDelete