ANIMSI

home

Followers


Wednesday 23 May 2012

HOT!!Kerabat Selangor Nafikan “Bubu” Adalah Cucu Sultan Selangor!!



Anda pasti tahu bukan siapa Bubu? Bubu atau nama sebenarnya Raja Mohamad Syazni ini sekarang sedang asyik bercinta dengan selebriti popular Indonesia, Syahrini.
Apa yang menarik disini, kecoh di media seberang sebelum ini yang mengatakan bahawa Bubu adalah dari kalangan Kerabat Selangor dan isu ini berlanjutan dari seminggu lepas lagi.
Namun, berita terbaru dari negara seberang itu mengatakan bahawa Bubu sebenarnya hanya seorang peniaga dan dia tidak mempunyai apa-apa pertalian darah dengan Kerabat Selangor. Kerabat Selangor turut menafikan bahawa Bubu adalah cucu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Berita ini disampaikan melalui seorang sumber berwarganegara Malaysia namun tidak disebut identitinya kepada wartawan Indonesia. Menurut sumber lagi, Sultan Selangor murka dengan Bubu yang mengaku dirinya adalah cucu beliau dan pihak Kerabat Selangor juga memberitahu bahawa mereka merancang akan menubuhkan pasukan penyiasat terhadap Bubu atau Raja Mohamad Syazni.
Apalah nasib kisah cinta Syahrini & Bubu selepas ini? Atau mungkinkah sebenarnya media Indonesia yang membuat spekulasi melulu selepas melihat nama Bubu yang mempunyai pangkal “Raja” dan berasal dari Selangor, kemudian mereka terus mengatakan bahawa Bubu berasal dari keturunan Diraja Selangor. Siapa tahu kan?
Sumber : Detik Hot

No comments:

Post a Comment