ANIMSI

home

Followers


Thursday, 26 April 2012

PANAS!! PAKATAN GUNAKAN AMBIGA UNTUK TANGGUHKAN PILIHANRAYA UNTUK MENGELAKKAN PAKATAN TEWAS TERUK!!



PBS: Suruhanjaya Diraja perlu ‘suci’ daftar pemilihPakatan Rakyat (PR) mengalu-alukan gesaan Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga agar Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat ditangguhkan adalah kerana kedudukan Pakatan pada ketika ini sangat tenat sehingga merakayasa kononnya daftar pemilih perlu dibersihkan daripada senarai nama pengundi diragui. 
 
     Pakatan sudah dapat menghidu kelemahan dan Pakatan akan tumbang jika PRU 13 di jalankan pada masa terdekat ini. 
 
SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) mengalu-alukan gesaan Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga agar Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat, ditangguhkan sehingga daftar pemilih dibersihkan daripada senarai nama pengundi diragui.

Kedua-dua komponen PR, Pas dan DAP berpendapat bahawa PRU13 tidak sepatutnya diadakan sehingga daftar pemilih benar-benar bersih daripada senarai nama yang meragukan, dianggarkan sekitar 42,000 orang.


"Memang pendirian Pakatan Rakyat bahawa kerajaan perlu memastikan daftar pemilih yang akan digunakan bersih daripada senarai nama-nama pengundi yang meragukan.


"Selagi senarai daftar tidak bersih, tidak dibersihkan, jangan panggil pilihan raya umum... itu pendirian kami," kata Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke ketika dihubungi hari ini.


Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri ini berkata, sementara desas-desus mengatakan bahawa PRU13 akan diadakan Jun atau Julai ini, kerajaan perlu menggunakan tempoh yang ada untuk membersihkan daftar pemilih.


"Jika boleh diselesaikan dalam dua minggu, bersihkan dalam dua minggu, jika dua bulan... dua bulan, jika SPR kata enam bulan, jangan adakan pilihan raya umum sehingga enam bulan akan datang.


"Pokoknya, pendirian Pakatan Rakyat ialah kerajaan tidak wajar mengadakan pilihan raya sehingga daftar pemilih benar-benar bersih," kata beliau, anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkenaan penambahbaikan sistem pilihan raya.


Ketika muncul dalam debat bersama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin semalam, Ambiga menggesa agar PRU13 ditangguhkan sehingga kesemua lapan tuntutan yang dikemukakan pertubuhan itu sebelum ini bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan adil benar-benar menjadi kenyataan.


Katanya, kerajaan Malaysia patut meniru apa yang Bangladesh buat - menunda tarikh pilihan raya selama setahun bagi membersihkan senarai pemilihnya.


"Saya nak tanya Khairy, bolehkah beliau memberi jaminan bahawa tuntutan ini dapat dilaksanakan sebelum PRU13?" kata Ambiga.


Ambiga tanya Khairy sama ada beliau boleh menjamin tuntutan itu dilaksanakan sebelum PRU13?


Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau akan cuba untuk mengaturkan satu pertemuan antara Bersih dengannya mengenai pembaharuan sistem pilihan raya.

Loke juga berkata, SPR sudah ada maklumat mengenai bilangan pengundi yang diragui.
"Maklumat sudah ada, data sudah ada. Yang diperlukan adalah satu komitmen daripada SPR untuk membersihkan daftar pemilih," kata beliau lagi.
Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli berkata, pihaknya juga bersetuju dengan gesaan dibuat oleh ketua Bersih 2.0.
"Ya, saya bersetuju dengan pandangan pilihan raya perlu ditangguhkan, tidak diadakan pilihan raya sehingga dijamin daftar pemilih adalah bersih," kata beliau yang turut menganggotai PSC bersama Loke sebelum ini.
Katanya, SPR sepatutnya perlu mengambil tindakan untuk membersihkan daftar pemilih.
"Saya yakin kita boleh membersihkan daftar pemilih daripada senarai nama yang diragukan," katanya sambil menambah PR akan membincangkan perkara itu kelak.

No comments:

Post a Comment