Ramai
kawan-kawan, pimpinan Cabang dan Ranting PKR di Sabah rasa sangat
kecewa di atas keputusan Anwar untuk melepaskan beberapa kerusi Parlimen
untuk ditandingi oleh SAPP.
Mereka
kecewa, kerana walaupun Anwar sendiri mengetuai sendiri sesi rundingan;
namun kemelut dalam PKR Sabah tidak dapat diselesaikan seperti yang
mereka mahukan sebelum ini.
Ketua-ketua
Cabang berasa sangat kecewa kerana Anwar mengambil keputusan memberi
muka kepada SAPP dan tidak membenarkan calon PKR untuk bertanding.
Apa punca kepada kemelut? Punca utamanya adalah sikap Ketua Cabang yang tidak mahu menerima calon luar.
Ketua
Cabang yang tidak mempunyai kekuatan politik pun mahu bertanding kerana
yakin mampu mendapat lebih banyak wang dalam musim pilihanraya nanti.
Mereka sudah mencongak, pindah parti dan ideologi politik sahaja sudah mampu mendapatkan mereka jutaan ringgit.
Ada nama dan masuk bertanding, memberikan lesen besar untuk mereka mendapatkan lebih banyak wang.
Ini
yang Anwar kena uruskan dengan hati-hati. Ketua Cabang PKR di Sabah
memang kaki kelentong dan cepat mahu membuat untung. Ini yang Anwar
tidak gemar. - Seterusnya, klik kat sini.
No comments:
Post a Comment