ANIMSI

home

Followers

Thursday, 29 March 2012

TERKINI!! KERAJAAN KAJI LAGU "BAWAKU PERGI" NYANYIAN ZIZAN RAJA LAWAK SEBELUM DIHARAM!!



JELEBU 29 Mac – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas penilai bagi menentukan kedudukan sama ada lagu “Bawaku Pergi” nyanyian pelawak dan pelakon terkenal, Zizan akan diharamkan atau sebaliknya.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sebelum sesebuah lagu itu diputuskan untuk diharamkan, sebuah panel perlu diwujudkan bagi meneliti setiap aspek kandungan lagu tersebut.

“Kita teliti terlebih dahulu lagu itu dan jawatankuasa penilai juga sudah kita wujudkan, jadi beri kita sedikit masa untuk membuat penilaian sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Saya juga akan mengesyorkan kepada RTM khasnya bahagian muzik kementerian untuk memberi laporan bagaimana dan apakah pendirian masyarakat terhadap lagu ini dan apakah tindakan yang perlu diambil berhubung seni kata, lirik dan lenggok alunan lagu itu,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Majlis Tautan Kasih Sekalung Budi di Pejabat Penerangan Daerah Jelebu di sini hari ini.

Rais menegaskan, pihaknya tidak boleh membuat sebarang tindakan mahupun keputusan melulu sebelum penelitian dibuat terhadap lagu berkenaan


Lirik lagu bawaku pergi nyanyian kaka feat zizan ada mesej galakkan remaja lari dari rumah? 

No comments:

Post a Comment