Diam-diam pelakon manis ini telah pun mengikat tali pertunangan dengan
jejaka pilihannya, Fathuddin Mazlan, 28, yang berlangsung di kediamannya
di Kemensah Height, malam kelmarin.
Pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta bersama penyanyi Mana Oh Mana,
Aizat Amdan dan digosipkan mempunyai hubungan rapat bersama pengarah
Shamsul Yusof, bukan alasan penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Tak
Percaya Cinta ini akan memilih rakan seperjuangan sebagai teman
hidupnya.
Namun, dia lebih selesa memilih seorang ahli perniagaan yang juga jirannya, walaupun baru berkenalan tiga bulan lalu.
Mengakui teruja dengan keputusannya bergelar tunangan orang, Liyana Jasmay berkata, dia tidak pernah menduga mengambil keputusan secepat itu untuk melangkah ke fasa baru dalam kehidupannya.
“Keputusan ini dibuat setelah berbincang dengan kedua-dua orang tua saya. Mereka sangat senang apabila mendapat tahu mengenai perkara ini dan sentiasa memberi sokongan.
“Sebagai anak bongsu, sudah pasti kegembiraan saya sentiasa didoakan mereka. Walaupun baru berkenalan, saya harap perhubungan kami akan berkekalan ke akhir hayat,” katanya sambil tersenyum manis.
Dalam majlis itu, Liyana yang mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini turut memberikan tujuh dulang hantaran kepada Fathuddin yang terdiri daripada senaskhah al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan kek cawan.
Manakala pihak lelaki pula membalas lima dulang hantaran termasuklah set wangian, telekung, kek, cincin dan sirih junjung.
Dalam pada itu Liyana turut menghadiahkan sebuah lagu buat Fathuddin yang juga jirannya itu berjudul Cinta Bersatu.
Selain keluarga dan rakan-rakan media, antara selebriti yang hadir termasuklah pasangan pengantin baru, Lisa Surihani dan Yusry KRU, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya, Farish Aziz serta Tam.

No comments:
Post a Comment