ANIMSI

home

Followers

Friday, 9 March 2012

PANAS!! HASRAT PKR KUASAI PR DI TERENGGANU BERKECAI BILA PAS MEMBANTAH!!!!



 Hasrat PKR untuk bertanding di 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga Parlimen dikecam pimpinan Pas termasuk Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Azman Shapawi yang meminta parti itu "mengukur baju di badan sendiri."

Menurutnya, parti itu perlu sedar dengan suasana dan perkembangan politik semasa yang dikuatiri boleh menjejaskan usaha pembangkang menawan Terengganu.

“Kita minta dia (PKR) ukur baju di badan sendiri. Dengan suasana yang ada hari ini, mereka tidak patut bercakap sebebasnya, lebih-lebih lagi perlu mengambil kira pandangan Pas yang menjadi tunggak parti pembangkang di negeri ini,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Azman Shapawi dalam nada sinis berkata, jika parti itu mengikut apa yang diidamkan, sudah tentu mereka mahu ‘makan banyak walaupun benda yang diidamkan itu tidak boleh dimakan’.

“Kalau tanya kita mahu idam berapa kerusi, sudah tentu kita mahukan 32 kerusi DUN tetapi dalam budaya persahabatan kita tidak boleh berlaku begitu dan perlu mengambil kira semua keadaan. Kita harap PKR mengambil kira juga perkara itu,” katanya.

Azman Shapawi berkata, PKR tidak sepatutnya menyatakan hasrat mereka sewenang-wenangnya, sebaliknya ia perlu merujuk kepada Pas terlebih dahulu sebagai rakan pakatan dan yang lebih berpengalaman di negeri ini.

Lebih-lebih lagi katanya, perkara itu belum ada keputusan muktamad daripada pimpinan PR pusat.

Beliau yang turut melahirkan rasa terkilan dengan pendedahan PKR berkata, parti itu perlu memikirkan banyak perkara sebelum mendedahkan hasrat mereka kerana ia mungkin menimbulkan tanggapan kurang selesa terutama di kalangan petugas-petugas parti.

Jelasnya, walaupun tiada rungutan secara rasmi daripada peringkat bawah mengenai cadangan kerusi yang dihasratkan PKR itu, namun  beliau tidak menafikan timbul cakap-cakap mengenai hasrat PKR itu.

“Kita ada dengar cakap-cakap di peringat akar umbi dan kita bimbang mereka akan terasa dengan perkara itu,” katanya.

No comments:

Post a Comment