Kunjungan
pelakon Abby Abadi ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 15 hingga 26 Mac
lalu telah melancarkan niat sucinya untuk bertudung.
Menurut laporan akhbar Berita Harian, pelakon berusia 34 tahun itu hasrat memakai tudung telah lama dipendam kerana enggan penghijrahannya itu dianggap sebagai mempersendakan agama.
“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini

“Saya
juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat
orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering
diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang
memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil menjelaskan
karier seni tetap berjalan seperti biasa.
Bercakap mengenai pengalamannya menunaikan ibadat umrah buat kali pertama, Abby berkata dia bersyukur kerana segala urusan sepanjang berada di sana berjalan dengan lancar. Bahkan, Abby memberitahu dia ke sana kerana membawa hatinya yang lara.

“Namun,
syukurlah, kali pertama menjadi tetamu Allah kesihatan saya sentiasa
baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium
batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah
dan banyak lagi.
“Saya juga tidak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak. Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa ditolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu tetapi saya tidak ralat kerana percaya rezeki tetapi ada,” katanya.

Abby
juga berkata perpisahannya dengan pelakon muda Zul Ariffin 27 tahun,
barangkali menjadi faktor yang mempercepatkan agendanya ke tanah suci.
“Saya ke sana pula bukan atas alasan membawa hati yang kecewa. Sebaliknya, sebagai umat Islam mengerjakan umrah menjadi tuntutan buat kita,” katanya.
Sebelum berangkat menunaikan ibadah umrah, Abby diberitakan kecewa setelah percintaannya dengan Zul Ariffin tidak berpanjangan...
Boleh dikatakan begitu hebat dugaan untuk seorang ibu tunggal beranak tiga yang bernama Abby Abadi sehinggakan sampai dimasukkan ke hospital...!

Sekiranya Abby sudah mendapat hidayah untuk bertudung, kita harus memuji beliau dan marilah kita melafazkan kata syukur alhamdulillah... Semoga bekas isteri Norman Hakim ini akan terus berjaya dalam kariernya dengan imejnya yang baru.
Janganlah Abby menukar haluan daripada seorang artis menjadi Penceramah dan menjadi makmum kepada Bob Lokman...-MIK
No comments:
Post a Comment