ANIMSI

home

Followers


Monday, 19 March 2012

GEMPAR!!! VIDEO SEKS WARTAWAN DAN HOS RADIO PULA TERSEBAR !!!




AZERBAIJAN, 20 Mac - Rakaman video seks seorang wartawan siasatan dan juga hos rancangan radio, Khadija Ismayilova telah tersebar secara meluas di Azerbaijan yang dimuat turun di internet.

Rakaman video tersebut dilakukan melalui sebuah kamera tersembunyi dalam kamar tidurnya yang telah dimuat turun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di laman web sebuah parti, New Equality Party lawan kepada parti pemerintah New Azerbaijan Party.

Khadija Ismayilova berkata beliau berada dalam ketakutan kerana rakaman tersebut bakal mencetuskan keganasan agama di negara tersebut.

altRakaman video tersebut mula tersebar sejak seminggu lalu setelah Ismayilova menerima sepucuk surat berbaur ugutan "termasuk beberapa keping gambar beliau dalam keadaan yang mengaibkan".

"Saya menerima surat tersebut bersama kepingan gambar menunjukkan saya sedang mebngadakan hubungan seks," kata Ismayilova, "Antara lain surat tersebut menyatakan: 'Anda Jalang, Tolong Jaga Adab. Atau Anda Akan Di Dedahkan.' "

alt

Sebelum itu, Ismayilova merupakan seorang wartawan siasatan bebas yang banyak melaporkan tentang kes penyalahgunaan kuasa parti pemerintah.

Beliau juga pernah menulis sebuah artikel tentang anak perempuan Presiden Ilham Aliyev yang didakwa mempunyai kepentingan peribadi dalam Azerfon, sebuah syarikat telekomunikasi terbesar di Azerbaijan.

Ismayilova juga pernah mengaitkan keluarga presiden dengan pemilikan sebuah bank dan menuduh pihak pemerintah bertanggungjawab menyebarkan rakaman video tersebut kepada umum.

Jurucakap presiden, Elnur Aslanov bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang komen terhadap dakwaan Ismayilova, namun begitu menyelar pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan rakaman video seks tersebut.

PSSSSST: ANWAR berani ke saman Nallakarupan.. ayoyo itu Anwar kantoi lagi!

No comments:

Post a Comment