Katanya, kecenderungan Anwar sebagai seorang biseksual bukan lagi rahsia dan mendakwa beliau sendiri pernah melihat Ketua Pembangkang itu melakukan aksi seks sama ada bersama lelaki atau wanita.
''Anwar tidak layak untuk memimpin pakatan pembangkang yang merangkumi Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), apatah lagi untuk dilantik sebagai Perdana Menteri jika mereka berjaya membentuk kerajaan pada masa depan,'' katanya pada sidang akhbar di pejabat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di sini hari ini.
Nallakaruppan seterusnya secara sinis meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya mengeluarkan fatwa membenarkan individu biseksual menjadi Ketua Pembangkang.
"Dahulu pekerja Magnum (Corporation) yang lelaki Anwar ada simpan dan Anwar juga pernah bawa isteri orang. Saya bersedia untuk mendedahkan kesemua nama mereka di mahkamah. "Tidak ada peruntukan dalam Perlembagaan membenarkan biseksual menjadi Perdana Menteri dan tidak ada peruntukan juga untuk biseksual menjadi Ketua Pembangkang. Saya amat hairan mengapa pembangkang boleh mengambil seorang biseksual menjadi ketua," katanya.
Pendedahan itu merupakan siri kritikan terbaru terhadap Anwar yang pernah menjadi rakan permainan tenis beliau. Namun, Anwar sehingga kini belum berani menyaman Nallakaruppan.
No comments:
Post a Comment