ANIMSI

home

Followers


Friday 3 February 2012

JAMIL KHIR


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan bahawa beliau menggunakan wang peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politiknya di Jerai.

"Ini dakwaan tidak betul. Ia bukan duit Yayasan Taqwa," katanya.

Jamil (tengah) juga berkata, dakwaan Pemuda PAS Wilayh Persekutuan bahawa peruntukan yayasan itu hanya untuk kawasan itu sahaja juga adalah tidak betul.




Sebaliknya, kata beliau lagi, berdasarkan matlamat penubuhannya, ia sebenarnya untuk memberi bantuan ke seluruh negara.

"Seluruh negara kita beri bantuan melalui Yayasan Taqwa. Baru ni saya bagi bantuan di Terengganu dan Kelantan," katanya dalam sidang media di Putrajaya.

Semalam Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (bawah) mendakwa Jamil menggunakan peruntukan Yayasan Taqwa untuk membiayai program politik di bahagian Jerai.

Yayasan Taqwa adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang mendapat peruntukan daripada majlis berkenaan dan bertujuan menjaga kebajikan penduduk.

Jamil yang juga bekas penceramah rancangan forum terkenal ehwal Islam menyifatkan tindakan Pemuda PAS membuat dakwaan itu sebagai "tidak amanah".

"Ini saya lihat pendekatan yang tidak amanah. Pertarungan politik yang tidak mengambil kira, (sama ada) betul atau tidak betul.

"Sengaja nak menimbulkan persepsi (salah)," katanya yang juga ketua penerangan Umno Jerai.
generasi pejuang bangsa 

No comments:

Post a Comment