Kumpulan
mahasiswa yang terlibat dengan perhimpunan menuntut kebebasan Adam Adli
Abdul Halim dan akademik di pekarangan Universiti Pendidikan Sultan
Idris (Upsi) awal pagi tadi mahu Datuk Seri Najib Tun Razak agar memohon
maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam berhubung kekasaran pihak
polis.
Presiden
Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Haziq Abdullah Abdul
Aziz berkata, tindakan polis melakukan kekasaran terhadap mereka
termasuk menyebabkan Pengerusi Gerakan Penuntut Kebebasan Akademik
(Bebas), Safwan Anang cedera parah tidak sepatutnya berlaku.
Menurut
Haziq, tindakan polis menumbuk dan menendang untuk meleraikan
demonstrasi adalah tidak relevan kerana kumpulan mahasiswa terbabit
tidak melakukan apa-apa yang mencetuskan keganasan dan hanya baring
beramai-ramai di depan pintu utama Upsi.
“Kami
kesal atas tindakan polis berkenaan, selain meminta Datuk Seri Najib
memohon maaf dalam tempoh 24 jam, kami juga akan membawa kes ini kepada
Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia
Malaysia,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Psssssssst: dah buat kecoh pastu takut kat polis buat-buat sawan pulak..haha. sudah la jangan nak tunjuk hero la budak!
No comments:
Post a Comment