ANIMSI

home

Followers


Friday 6 January 2012

TERKINI!! HJ HADI TIDAK SERTAI PERHIMPUNAN #901!!


MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka tidak akan menyertai Perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 yang akan dianjurkan oleh PKR di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin ini.

Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Parlimen Marang memaklumkan hanya akan hadir di Mahkamah Tinggi bagi mengetahui keputusan mahkamah dan menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau juga tidak menyatakan sama ada menggalak atau mencegah ahli Pas menyertai perhimpunan dirancang PKR itu pada hari sama dan menyerahkan perkara itu kepada ahli Pas untuk membuat keputusan.

“Saya akan hadir (di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur) tetapi hanya untuk lihat (perkembangan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim) di mahkamah (pada 9 Januari ini). (Sama ada) beliau (Anwar) kena hukum atau dibebaskan atau apa.

“Saya juga tidak galak atau cegah ahli sertai perhimpunan. Ia terserah kepada ahli buat keputusan sendiri,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Rusila di sini, semalam.

Beliau berkata, banyak kemungkinan boleh berlaku dengan keputusan hakim pada Isnin ini, tidak kira sama ada Anwar bersalah atau sebaliknya.

Sementara itu, Hadi juga enggan memberikan sebarang komen mengenai cadangan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali agar beliau atau Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri jika ketua pembangkang itu didapati bersalah, Isnin ini.

“(Saya) tidak mahu komen. Itu urusan ALLAH TAALA, kita hanya berjuang untuk menang (dan) untuk selamatkan negara. Saya terima apa sahaja keputusan asal negara selamat,” katanya.-sinar


psssssssst: Oleh itu kepada semua penyokong Anwar tak payah la pergi perhimpunan tu ye...haha

No comments:

Post a Comment