ANIMSI

home

Followers


Monday 2 January 2012

RAKYAT PAHANG TIDAK TERKEJUT PENULIS BLOG SAKMONGKOL AK47 SERTAI DAP SEBAB MAHU DEDAHKAN RAHSIA!!



Penulis blog Umno sertai DAP
Penulis blog Sakmongkol AK47 yang juga bekas ADUN Pulau Manis dari Umno, Mohd Ariff Sabri Aziz dilaporkan telah menyertai DAP.

Selain Sakmongkol yang merupakan  bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan sehingga tahun 2004, turut dikatakan berbuat demikian ialah seorang lagi penulis blog Umno dan veteran parti itu, Aspan Alias

NONEPenyertaan Ariff Sabri bersama DAP itu dihuraikan secara terperinci menerusi laman blognya dan beliau yang juga seorang  kolumnis di portal berita, FreeMalaysiaToday mengesahkan perkara berkenaan.

Malah, Sakmongkol dilapor memberitahu portal itu bahawa beliau kagum dengan DAP yang merupakan parti komponen Pakatan Rakyat kerana cara kerja mereka yang fokus dan sentiasa berfikir – jauh berbeza dengan orang-orang Umno.

“Saya percaya DAP kini lebih relevan dan berfungsi daripada Umno dalam membina negara yang lebih demokratik dan bebas.

“Dalam DAP saya boleh bercakap tentang jerih perih Melayu terpinggir dengan lebih bertenaga berbanding dengan di dalam Umno.

“Umno kini menutup sebelah mata terhadap rasuah dan salah guna kedudukan politik. DAP membenci ciri-ciri ini,” kata Ariff Sabri dipetik FMT.

Bekas wakil rakyat Umno itu juga menegaskan yang penyertaannya dalam DAP satu bukti bahawa Umno bukanlah satu-satunya parti yang boleh membela nasib Melayu.

“Sebagai Muslim, saya menukar wadah, bukan akidah…dan ini sangat ditakuti Umno. Mereka risau monopoli mereka ke atas Melayu kini berakhir,” katanya lagi.
 
Pssssst: Sakmongkol akan bertanding di parlimen Raub atas tiket DAP pada PRU 13 nanti dimana Dato' Dr Ng Yen Yen Menteri MCA dan juga Naib Presiden MCA adalah penyandang 3 penggal parlimen Raub sejak PRU 1999.
Dr Ng Yen Yen yang berumur 65 tahun kini berjaya memenangi parlimen Raub dengan majoriti 2752 mengalahkan DAP.
biarkan permainan ini hahaha.....!!

1 comment:

  1. PSSST ... INFORM KAWAN-KAWAN KALAU SUDAH DEDAHKAN RAHSIA MAMAT NI, HAHAHA ... TQ!

    ReplyDelete