ANIMSI

home

Followers

Tuesday, 10 January 2012

PANAS!!: NAJIB PERTIMBANGKAN DR HASSAN ALI BERSAMA UMNO!

 
PPJ sangat bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Hassan Ali ini, kerana beliau berani menegakkan kebenaran walaupun agak pahit untuk diterima oleh Pemimpin-pemimpin PAS yang lain namun beliau sanggup menanggung risiko yang mengakibatkan beliau sendiri dibuang dan perjuangan beliau harus dipuji. Seharusnya pemimpin Pas menyedari apa yang diutarakan oleh Dr Hassan Ali ini adalah benar dan perlu diselidik dengan teliti.


Pemimpin PAS yang lain perlu menilai dengan lebih halus apakan pendirian Dr Hassan Ali ini menjadi satu kesalahan besar buat pas didalam usaha beliau sendiri berterus terang untuk menegakkan syiar Islam.

Pemecatan Dr Hassan Ali ini sebenarnya memberi kesan yang sangat besar ke atas Parti PAS kerana rakyat sudah pun mampu melihat akan kesungguhan beliau untuk menegakkan Islam walaupun beliau mendapat tentangan dari luar mahupun dari dalam Parti Pas sendiri.

PPJ tidak akan terkejut jika selepas ini lebih ramai lagi pemimpian dan ahli-ahli Pas akan meninggalkan Pas ekoran perjuangan parti yang tersasar jauh dari perjuangan asal Pas. Apakah berdosa besar kesalahan yang dilakukan oleh Dr Hassan Ali ini?

Selagi Pas masih berpegang kepada dasar kesetiaan kawan bersama DAP dan PKR sehingga dasar perjuangan asal di ketepikan hanya untuk menjaga parti-parti ini yang sememangnya bertentangan dengan perjuangan Islam.


'Politik adalah sesuatu yang tidak pasti, hakikatnya politik ini bertukar setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan." Itulah kata Datuk Dr. Hasan Ali pada sidang akhbar di kediaman beliau, 12 Disember lalu.
Dan ternyata kelmarin, perjalanan politik Hasan bertukar apabila beliau dipecat serta- merta oleh Jawatankuasa Pas Pusat kerana didakwa melakukan tindakan yang bertentangan dan merugikan parti.
Pemecatan Hasan sekali gus memenuhi agenda pemimpin-pemimpin tertentu sama ada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas yang mahu menyingkirkan beliau.

Sikap telus Hasan dalam menyatakan kebenaran dan begitu tegas dalam mempertahankan kepentingan orang Melayu, umat Islam dan institusi raja-raja dilihat ancaman kepada usaha pembangkang meraih undi semua golongan.

Sejak dari awal lagi, Hasan yang menjadi Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin PKR dan DAP.

Selain berusaha menghalang penjualan arak di kedai serbaneka 24 jam di Selangor, Hasan juga adalah penentang kepada gejala murtad di negeri berkenaan apabila bersedia menanggung risiko dengan menghadiri Himpunan Sejuta Umat (Himpun) biar pun ia tidak mendapat restu kepimpinan Pas Pusat.

Tetapi Hasan tidak mempunyai karektor 'pak turut' sebab itulah beliau tegas untuk menentang gejala berkenaan kerana ia berkaitan dengan aliran perjuangannya iaitu Islam.
Begitu juga apabila beliau menentang perhimpunan Bebaskan Anwar 901, ia juga dilakukan atas dasar prinsip kerana kes berkenaan adalah kes peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, oleh itu rakyat termasuk ahli Pas tidak harus diseret ke jalanan.

Bagi Hasan, Pas tidak sepatutnya mengerahkan penyokong parti itu terutama golongan muda turun ke jalanan bagi menyokong Anwar.
Akibat perjuangan itu semua, Hasan akhirnya dipecat kerana didakwa tindak-tanduknya merugikan parti. Mungkin Hasan dilihat merugikan Pas kerana penegasan perjuangan Islam akan menyebabkan orang bukan Melayu tidak akan mengundi parti itu.

Dan Hasan juga merugikan Pas kerana kenyataan terhadap Anwar akan menyebabkan Pas tidak akan diberi kuasa memerintah bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP jika pembangkang menang pilihan raya nanti.

Justeru Pas tiada pilihan, mereka terpaksa tunduk kepada desakan pemimpin-pemimpin PKR supaya Hasan dikenakan tindakan kerana dianggap liabiliti kepada pembangkang.
Ternyata PKR begitu berkuasa dan Pas tidak mampu melawan, Hasan dipecat yang sekali gus membuktikan bahawa parti itu akur dengan kehendak PKR.

Dan dalam masa yang sama sudah pastilah akan ada pemimpin DAP yang menarik nafas lega kerana di Selangor sekarang tidak ada lagi pemimpin pejuang seperti Hasan.
Ini jelas apabila seorang pemimpin DAP Selangor yang mengulas pemecatan Hasan berkata, ''Diharapkan keadaan akan lebih baik tanpa Hasan Ali''.

Walaupun Hasan dikatakan mempunyai peluang untuk membuat rayuan kepada Majlis Syura yang merupakan badan tertinggi dalam Pas tetapi tindakan beliau itu akan dilihat sia- sia.
Ia kerana suara ulama di dalam Pas sudah ditenggelamkan oleh puak-puak pemimpin yang menyokong Anwar. Golongan ulama Pas mungkin tidak akan berani mengubah keputusan Majlis Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.

Kedudukan Majlis Syura bukanlah seperti mana sebelum Pas bekerjasama dengan DAP dan PKR. Dulu Majlis Syura ada keberanian untuk mengubah keputusan kerana perasaan hormat kepada ulama Pas masih tinggi dan ketika itu perjuangan Pas adalah bersendirian tanpa perlu mengambil kira apa kata parti pembangkang lain.
Tetapi sekarang tidak boleh kerana Majlis Syura juga perllu berhati-hati untuk mengelakkan PKR dan DAP tersinggung.

Kalau majlis berkenaan tidak menyebelahi Hasan pun tidak apa kerana aliran perjuangan beliau dan Pas sudah tidak sama, Hasan memperjuangkan Islam tetapi Pas memperjuangkan negara berkebajikan. Hasan menentang perhimpunan yang bertujuan membela kes peribadi seorang pemimpin, tetapi Pas mengerahkan penyokong-penyokongnya untuk hadir.
Begitu juga Hasan tegas mempertahankan kepentingan umat Islam di Selangor tetapi Pas hanya mendiamkan diri. 

Berdasarkan hujah itu, mana mungkin Hasan sesuai untuk terus berada dalam Pas. Kalau pun rayuan diterima, percayalah Hasan akan 'disejukbekukan' apatah lagi di saat-saat Pas semakin ghairah untuk bersama-sama PKR dan DAP menuju Putrajaya.
Walaupun Dewan Ulama Pas menyatakan Hasan memerlukan Pas dan Pas memerlukan Hasan, hakikat sebenarnya Hasan sudah tidak sesuai untuk berada dalam Pas dan Pas tidak sesuai untuk memiliki pejuang seperti Hasan.


Begitu juga dengan kenyataan Dewan Pemuda Pas yang menyokong penuh pemecatan Hasan tetapi masih mengharapkan Hasan tidak meninggalkan perjuangan parti itu apabila Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, ''Kepada Datuk Dr. Hasan Ali, jika anda benar-benar ikhlas dengan perjuangan Islam, anda tidak lari meninggalkan perjuangan ini."


Kita ingin bertanya siapa yang meninggalkan perjuangan Islam - Pas atau Hasan? Dan benarkah dalam Pas masih adalah perjuangan seumpama itu? Kalau masih ada, kenapakah Pas menggugurkan perjuangan negara Islamnya? Kenapakah Pas begitu takut untuk memasukkan pelaksanaan undang-undang syariah dan hukum hudud dalam manifesto pilihan raya parti?


Dan kita juga ingin tahu kenapakah Pas tidak memberi sokongan kepada perjuangan Hasan menentang gejala murtad sehingga menganggap perhimpunan Himpun sebagai agenda UMNO?
Kalau betul Pas memperjuangkan Islam, kenapakah mereka tidak selesa apabila Hasan bercakap soal penyatuan orang Melayu yang turut melibatkan kerjasama antara UMNO dan Pas?
Tidak payahlah Pas mendakwa mereka memperjuangkan Islam sebaliknya akui sahaja parti itu kini tidak ada apa-apa kuasa hatta untuk membuat keputusan bagi menentukan nasib pemimpinnya dan juga hala tuju parti itu. Segala-galanya perlu dirujuk kepada PKR dan DAP, kalau kedua-dua parti itu memberi lampu hijau barulah Pas boleh melakukan sesuatu, jika tidak mereka perlu akur terhadap keputusan sekutu mereka itu.


Justeru wajarkah Hasan hendak terus berada di dalam Pas yang sekarang ini dilihat bagaikan 'Parti Asyik Sokong' kerana terlalu menyokong apa sahaja kehendak serta kemahuan PKR dan DAP.
Oleh itu adalah wajar Hasan mencari wadah lain dalam meneruskan perjuangan murninya. Kita percaya masih ramai orang Melayu dan umat Islam bersama beliau.

Hasan Ali memberi ucapan ekoran pemecatan beliau di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, Ahad lalu.


Kita tidak pasti wadah apa yang akan dipilih oleh Hasan tetapi kalau merujuk kepada kenyataan beliau tempoh hari bahawa, ''Bagi saya sesiapa yang membawa Islam saya sokong. Kumpulan yang membawa Islam saya sokong. Parti yang membawa Islam saya sokong. Pemimpin yang bawa Islam saya sokong. Itu prinsip saya."- ia bermakna Pas mungkin sudah tidak sesuai untuk beliau.
Apatah lagi sikap Pas seperti juga seperti politik boleh bertukar setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan. Bak kata Hasan, "Apa yang berlaku ini tidak menumpulkan semangat saya untuk terus berjuang kerana saya tahu tindakan ini betul, sedangkan apa yang dilakukan oleh Pas sudah terpesong."

pssssssssst: Pas lebih percaya Anwar dari Dr Hassan Ali???

No comments:

Post a Comment