ANIMSI

home

Followers


Tuesday 10 January 2012

LIM GUAN ENG TOLAK HAJI HADI KERANA ANWAR BERSIH JADI PM?


Pemimpin Pas terus diam membisu malahan terus takut untuk mencalonkan calon PM dikalangan Pemimpin agung pas??

BUTTERWORTH - Pakatan pembangkang mengulangi pendirian bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik Perdana Menteri sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum ke-13 nanti kerana beliau dianggap "paling bersih".

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tiada pemimpin Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh sekiranya pakatan mereka menang pilihan raya akan datang.

"Ini bukan soal kita bela Anwar saja tetapi kita bela kerana beliau saja (pemimpin di negara ini) yang paling bersih untuk menjadi Perdana Menteri," katanya ketika berucap pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini malam tadi.

Perhimpunan anjuran PKR itu adalah untuk memberi penerangan kepada orang ramai berhubung isu semasa serta meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang membebaskan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd  Saiful Bukhari Azlan, 27, empat tahun lalu.


Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, pula berkata pihaknya kini dalam kaedah untuk menyerang BN bagi berdepan pilihan raya umum ke-13 berikutan pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat.

"Datuk Seri Anwar tidak masuk penjara jadi beliau boleh menjelajah ke seluruh negara, sama-sama merancang serta memberikan semangat  untuk mengerakkan jentera parti untuk berdepan dengan pilihan raya," katanya.

psssssst: Angan-angan tinggi nak jadi PM..ayoyo!!

No comments:

Post a Comment