ANIMSI

home

Followers


Thursday 19 January 2012

PADAH HASSAN ALI DIPECAT KEPADA PAS!!


Inilah padah yang diterima oleh pas apabila memecat Pas,
Pemecatan bekas Exco Selangor, Datuk Hasan Mohamed Ali akan memberi kesan kepada Pas, berikutan tindakan pemimpin tertinggi parti itu memecat beliau, tanpa mewakili keseluruhan suara ahli.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, banyak pihak menyuarakan sokongan kepada Hasan, berhubung pendiriannya berkaitan Islam terutama ahli Pas akar umbi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurutnya, tindakan Pas memecat Hasan adalah kerugian kerana perjuangan dibawanya berasakan Islam selaras dengan perjuangan parti itu.

“Namun apabila Hasan lantang bersuara dan menegur, ia menggusarkan barisan tertinggi parti, yang merasakan mereka tergugat kerana ada pemimpin bawahan berani bersuara dan berbeza pandangan.

“Bimbang hilang pengaruh, maka tindakan diambil memecat Hasan, walaupun mengetahui ia membawa kerugian kepada mereka,” katanya

Ahmad berkata, parti itu perlu ingat, kejayaan Pas di Selangor berpunca daripada Hasan, kerana semua golongan mengenalinya, terutama dalam kerja kebajikan yang dilakukan sebelum ini.

Malah katanya, pendekatan Hasan begitu berbeza dengan kepimpinan tinggi Pas, terutama dalam perjuangan Islam menghadapi pelbagai isu semasa.

No comments:

Post a Comment