Saya ingin merujuk kepada kenyataan anda yang di bawah ini :
["Soalan yang lebih mudah, kenapa Si Ketua Penipu tu tak mansuhkan AUKU semasa dia jadi Menteri Pelajaran dulu? Kenapa baru sekarang nak dibebaskan? Dia bukan sahaja tidak memansuhkan AUKU pada ketika itu. Sebaliknya, dia memperkuatkuasakan lagi akta tersebut."]
Saya adalah seorang mahasiswa di UTM Kampus Jalan Semarak bermula pada 1985 - 1990. Semasa di Tahun 2, Anwar Ibrahim telah dilantik menjadi Menteri Pelajaran ketika itu. Pada ketika itu, penuntut UTM sudah mula diresapi dengan fahaman politik PAS yang bergerak senyap-senyap.
Namun sebaik sahaja Anwar mula berkuasa sebagai Menteri Pelajaran (yg kuasanya turut melibatkan semua universiti yg ada), pelajar-pelajar yang condong kepada PAS ini sudah mula bangkit terang-terangan menentang Menteri yg baru dilantik ini dan juga AUKU.
Maka terjadilah satu demontrasi kecil yang telah berlaku di dalam kampus.Saya lupa tarikhnya tapi di antara 1986 dan 1987.
Memang demontrasi itu gagal tetapi sebahagian kecil pemimpinnya telah diheret ke Majlis Tatatertib UTM. Ada yang dibuang universiti dan ada juga yang digantung pengajian.
Apa yang ingin saya nyatakan di sini, Anwar itu sendiri pernah menghukum pelajar dengan memberhentikan pelajar dari universiti, termasuk kes yang saya saksikan di UTM itu. Dia sendiri bertindak dengan kuasa kukubesinya untuk menghukum mahasiswa yang ingin mempertikaikan kewujudan AUKU.
Dan seperti yang dinyatakan, AUKU itu sendiri diwujudkan untuk menyekat sikap memberontak beliau semasa di UM.
Jadi, saya amat berharap carilah bekas mahasiswa buangan ini dan tampilkan mereka ke khayalak ramai. Mari kita buktikan kepada mahasiswa hari ini bahawa Anwar sendiri begitu kejam terhadap mahasiswa semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran dulu.
Sejarah silam sepatutnya mengajar kita dengan apa yang terjadi pada hari ini. Bukakanlah pekung Si Penipu ini, biar mahasiswa hari ini tahu siapa Anwar Ibrahim sebenarnya
Sumber : Angin Perubahan
AUKU ada asas kekuatan dan ada kelemahannya. Namun, demo yang dilakukan pelajar bukan sebenar untuk memperjuangkan menuntut kebebasan akademi tapi memperjuangkan kebebasan berpolitik dalam kampus.
Pada hakikatnya, itu pun bukan sebenarnya yang diperjuangkan tapi hanya rancangan untuk menimbulkan huru hara yang sebahagian dari agenda Anwar Ibrahim.
Cuba jawab:
Jika untuk kebebasan berpolitik, apa perlunya diberi keutamaan kepada masyarakat kampus?
Kenapa tidak diberi kepada masyarakat luar yang dah tentu pengundi berbanding dengan berapa kerat pelajar yang dah mengjangaui 21 tahun dan lebih terlibat langsung dengan polisi kerajaan?
Jika kerajaan rendahkan umur mengundi ke 18, barulah releven masyarakat kampus berpolitik. Masalah lain pula timbul, adakah politik partisan luar itu akan menimbulkan budaya academia dan keintelektualan yang sihat dan membina pula?
Kenapa pula institusi pengajian tinggi saja perlu memohon politik artisan dibawa ke dalam institusinya? Adakan tidak institusi lain akan menuntut lain?
Nak berpolitik berparti dan budaya negatifnya, sila lakukan diluar kerangka kampus yang seharusnya menuju kepada excellence in education, academia dan intellectualism.
No comments:
Post a Comment