ANIMSI

home

Followers


Thursday, 5 January 2012

JANGAN GANGGU PROGRAM KAMI- PEKIDA


KUALA LUMPUR - Pertubuhan Dakwah Islamiah Malaysia (Perkida) memberi amaran kepada peserta kempen Bebaskan Anwar 901 supaya tidak mengganggu program dakwah mereka yang akan diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Isnin ini.


Ahli Majlis Tertinggi Perkida, Mohd Syahril berkata, program dakwah dan qiamullail telah dirancang lebih awal dan dikhuatiri bertembung dengan kempen berkenaan.


"Program ini bermula hari Ahad dan berakhir pagi Isnin.

"Kita harap tindakan mereka mengadakan perhimpunan di pekarangan mahkamah yang berdekatan dengan kawasan masjid tidak mengganggu peserta program," katanya kepada media di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Menurutnya, beliau dipanggil oleh Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh untuk memberi penerangan mengenai program yang akan dijalankan mereka.


"Saya tidak faham mengapa dipanggil untuk beri penerangan berhubung program kami. Kami dinasihatkan untuk memastikan tidak berlaku pertembungan dengan kempen Bebaskan Anwar 901," katanya.

Sementara itu, Timbalan Perkasa Negeri Selangor, Datuk Abd Rahman Abu Bakar berkata, program berkenaan adalah program bersama antara Perkasa dan Perkida.


"Kami telah jelaskan tujuan kami berhimpun dan dijangkakan dalam 2,000 ahli Perkida dan Perkasa yang akan menyertai program ini.

"Kita juga telah dapatkan kebenaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia untuk mengadakan program di situ," katanya.

No comments:

Post a Comment