ANIMSI

home

Followers


Wednesday 4 January 2012

HOT!!! BARU BETUL!! KEMPEN KEADILAN UNTUK SAIFUL VS #901 ANWAR- MAJLIS AYAHANDA!!



KUALA LUMPUR - "Himpun Keadilan Untuk Saiful"  diadakan di perkarangan Kompleks Mahkamah di sini Isnin ini, hari yang sama kempen Bebaskan Anwar 901 dirancang oleh penyokong-penyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena keputusan mahkamah berhubung kes liwat yang dihadapinya.

"Himpun Keadilan Untuk Saiful" dianjurkan oleh Pertubuhan Permufakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas) bagi membela Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Anwar yang mendakwa dia diliwat oleh ketua pembangkang itu.  

 Majlis Ayahanda Malaysia (Permas)

Setiausaha Agung Permas, Zulkifly Shariff, berkata Permas menyasarkan 5,000 ahli akan menyertai perhimpunan itu yang juga bertujuan membela sistem kehakiman negara daripada dicalari oleh penyokong-penyokong fanatik Anwar serta sebagai sokongan kepada Mohd Saiful yang menjadi mangsa politik. 

"Mereka telah sedia maklum bahawa demonstrasi jalanan bukan budaya masyarakat kita dan sekiranya mereka tetap untuk meneruskan perhimpunan tersebut, mereka perlu berdepan dengan Permas dan PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia)," katanya kepada pemberita di sini hari ini. 

Zulkifly berkata Permas akan mendapatkan permit polis bagi mengadakan perhimpunan itu yang akan melibatkan 15 badan bukan kerajaan (NGO) di bawah naungan Permas, antaranya Putra Malaysia, Pertubuhan Panel Ayahanda Penasihat Insan Malaysia (Papim), Persatuan Kebangsaan Warisan Ketuanan Melayu Malaysia (Pewaris) dan Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang. 

Penasihat PPIM Tunku Azwil Tunku Abdul Razak pula berkata demonstrasi oleh penyokong-penyokong Anwar tidak sepatutnya diadakan kerana ia hanya akan mencetuskan konflik sosial dan seterusnya memberi kesan kepada masyarakat khususnya orang Melayu. 

"Ia bertentangan dengan budaya rakyat negara ini dan dilihat cuba mempengaruhi keputusan mahkamah," katanya.
sinar

psssssssssssssst: Terkejut beruk Azmin alamak!!!!!!! 
 Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah bak kata Saiful Bukhari  akan sentiasa ingat:
Yang Hak Pasti Berdiri Yang Bathil Pasti Jatuh
 
Semoga keadilan buat mangsa liwat Saiful Bukhari dapat ditegakkan pada 9 Jan ini. Mahkamah melalui Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah diharapkan jangan terpengaruh ataupun dimanipulasi pihak pihak tertentu dalam cubaan membebaskan Anwar Ibrahim. Keadilan buat mangsa yang perlu diperjuangkan.

1 comment:

  1. betui ka sijambu tu jadi mangsa? dah sah dah, hakim akan hantar anwar masuk 'kolej' lagi. jadi adil lah utk dia. apa yg dok loghat nak himpun2 ni.

    ReplyDelete