ANIMSI

home

Followers

Friday, 20 January 2012

EKSKLUSIF GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR & NURFARAHIN





 
Personaliti TV3,  Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 kini sah bergelar suami kepada Nurfarahin Romli, 22, dalam sebuah majlis yang berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu.

Pasangan ini dinikahkan tepat jam 10.00 pagi tadi oleh Tuan Haji Mohd Abu Bakar, Jurunikah Kampung Atas Tol, dengan mas kahwin RM250.

Tanpa mendedahkan wang hantaran,  Nurfarahin atau lebih dikenali sebagai Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin,  sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.

Sementara, Ally menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan. Antaranya sepersalinan pakaian lelaki, manisan, sejadah dan jubah, bunga rampai dan iPhone.
Majlis yang berlangsung dengan penuh meriah ini turut mendapat liputan secara langsung di TV3.
  
psssst: Selamat Pengantin Baru Sahabat gua, Ally semoga berkekalan selamanya..

No comments:

Post a Comment