ANIMSI

home

Followers

Thursday, 19 January 2012

AKHIRNYA NURFARAHIN SAH ISTERI ALLY ISKANDAR!!


Personaliti TV3,  Ally Iskandar Mohd Mardzi, 36 kini sah bergelar suami kepada Nurfarahin Romli, 22, dalam sebuah majlis yang berlangsung di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu.

Pasangan ini dinikahkan tepat jam 10.00 pagi tadi oleh Tuan Haji Mohd Abu Bakar, Jurunikah Kampung Atas Tol, dengan mas kahwin RM250.

Tanpa mendedahkan wang hantaran,  Nurfarahin atau lebih dikenali sebagai Farah lee menerima 7 dulang hantaran berupa gubahan sirih junjung, telekung dan sejadah, sebentuk cincin dan mas kahwin,  sebuah Mac Book Pro, sehelai baju kurung dan senaskhah Al-Quran.

Sementara, Ally menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan. Antaranya sepersalinan pakaian lelaki, manisan, sejadah dan jubah, bunga rampai dan iPhone.
Majlis yang berlangsung dengan penuh meriah ini turut mendapat liputan secara langsung di TV3.

2 comments:

  1. salam tuan.. blog tuan telah dilinkkan..

    mohon linkkan juga blog saya kepada blog tuan..

    http://mimview.blogspot.com

    segala kerjasama didahului dengan ucapan ribuan terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Salam...tuan, sy dah follow dan akan blog list blog ini pad blog sy. sy harap pihak tuan dapat melakukan perkara yg sama...jika sudi...sbg makluman blog ini bg sy amat informatif...terima kasih

    ReplyDelete