ANIMSI

home

Followers


Saturday 10 December 2011

PENYANYI ORKESTRA PAHANG MENINGGAL DUNIA (CIKGU AWI)

Penyanyi Orkestra Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang Nawawi Sulaiman meninggal dunia di Hospital Jerantut , kira-kira jam 11.30 malam tadi (9 Dis 2011).

Allahyarham yang lebih dikenali Cikgu Awi bertugas di SMK Agama Tengku Ampuan Afzan Pahang (TAHAP) Jerantut meninggal dunia kerana disyaki serangan jantung adalah penyanyi untuk Konsert Di Raja Negeri Pahang bersama Orkestra JPN Pahang.

Allahyarham yang menyanyikan lagu "Jerantut Kampungku" dalam dialek Jerantut ciptaan Ikhtiman Ismail menjadi lagu sukaramai dalam laman Sosial Facebook Jerantut Kampungku dan Youtube.

Menurut sumber, ketika allahyarham sedang mengendalikan majlis kenduri kawin sebagai Dj di kampungnya di Kampung Teh tiba-tiba rasa sesak nafas dan dihantar ke hospital.

Semuga rohnya dicucuri rahmat, jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Teh berdekatan pusara abangnya yang telah meninggal dunia pada akhir bulan September lalu.
Cikgu awi (tengah) ketika di Konsert DI Raja , baginda Sultan Pahang turut berangkat. - Sumber Warta Jerantut.
Sesungguhnya daripadaNYA kita datang dan kita kepadaNYA jua tempat di kembalikan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Alfatihah dan Takziah kehilanganya amat dirasai. Seorang sahabat yang baik, yang pernah saya kenali.

 Sumber aap

No comments:

Post a Comment