ANIMSI

home

Followers


Tuesday 20 December 2011

PANAS!!!: AGENDA JAHAT DAP YANG PAS DIPERBODOHKAN, DAP LETAK CALON MELAYU SEBAB NAK MB??



Pas hari ini mengaku mengikut bontot DAP dalam usaha membantu memulihkan imej mereka daripada label ekstremis dan pelampau sebelum ini.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Abdul Samad berkata, sumbangan DAP itu banyak membantu Pas mendapatkan keyakinan di kalangan bukan Islam terhadap parti itu. 

Pas dengan tak sedar diri ingin membantu DAP untuk memulihkan imej parti itu yang dilabelkan sebagai parti chauvinis bagi memastikan mereka sama-sama dapat memenangi pilihan raya. Ape nak jadi dengan lu ni Khalid, Lu ingat DAP nak tolong lu masa susah ke beb??

“DAP banyak bantu Pas bebas daripada imej ekstremis, pelampau, nak potong tangan orang (hudud) dan paksa orang masuk Islam. Kita (Pas) juga bantu DAP.
“Nak menang pilihan raya, Pas mesti bebas daripada imej pelampau dan DAP bebas daripada imej chauvinis,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok. Macam ini sekali pandangan Teresa Kok macam la selama ini duduk kat Amerika tak tau kononya ..

Nak tau apa yang Khalid ulas mengenai cadangan DAP untuk meletakkan calon mereka dari kalangan orang Melayu untuk bertanding di kawasan majoriti kaum itu.

Khalid kata, ia adalah usaha DAP membebaskan diri mereka daripada imej berkenaan. Elok sangat la tu Khalid nanti lu pun kena pijak ngan DAP. Buat apa lagi DAP nak kongsi dengan PAS bila mereka dah besar kepala.

Bagaimanapun katanya, masalah tidak timbul kerana cadangan tersebut tidak mendapat persetujuan daripada pihak Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana dibimbangi akan dieksploitasi oleh UMNO. 

Bodoh, bukan sebab UMNO la wei.. apehal pulak lu kutis ke UMNO pulak ni??
“Kita (Pas) faham niat DAP itu. Mereka bukan nak dapat kerusi MB (Menteri Besar) dengan letak calon Melayu untuk bertanding atas tiket parti itu,” jelasnya. 

Ha kenyataan diatas ni la sebenarnya PAS tak sedar, macam di Perak contohnya, bila DAP majority dan ada pulak calon Melayu dalam kerusi yang dimenangi oleh DAP, maka DAP la MB disitu..alamat PAS diperbodohkan la terus. Ini pun lu tak Nampak ye Khalid??

No comments:

Post a Comment