Ini kisah nak bagi tau sama YB isu jalan raya yang sangat menyiksa pengguna jalan raya jalan Jerantut Benta sangat menjadi keutamaan kepada YB Dato Lau Lee untuk menyelesaikan isu ini dengan segera. Ini akan menyebabkan kekalah BN di Jerantut. Kami dah tak larat la nak menjawab isu remeh semacam ini. Kalau belum settle buat penat je la jentera-jentera buat kerja nati.
Jalan Belum Siap??
Beberapa kali telah menyatakan pentingnya Jalan Benta-Jerantut-Maran dibaiki dan ditender semula jika mahu sokongan pengundi Jerantut Tender Dah keluar tapi tak berjalan juga?
Isu Jalan Benta-Jerantut-Maran
melibatkan dua DUN di parlimen Jerantut iaitu DUN Damak dan DUN Pulau
Tawar. Jalan Benta-Jerantut-Maran yang rosak, berliku-liku, dan uzur
sememangnya perlu dibaiki untuk keselesaan penduduk.
DUN Pulau Tawar, mempunyai
pengundi berdaftar 16,826 pada PRU 12 manakala pada PRU 2008 bagi kerusi
DUN Damak, pengundi Dun Damak berjumlah 19,412.
Penambahan pengundi baru di DUN
Pulau Tawar seramai 5000 yang majoriti anak-anak peneroka dibimbangi
boleh terpengaruh dengan janji-janji manis pembangkang bila
"borang-borang" permohonan ladang dan rumah kononnya berpuluh ribu
diedarkan oleh Pakatan Rakyat kepada belia FELDA di Pahang termasuk di
DUN Pulau Tawar.
Ditambah pula Jalan
Maran-Jerantut yang tidak siap itu akan menambah sebab undi pengundi
muda DUN Pulau Tawar akan menyokong pembangkang.
Mesej projek jalan Jerantut ke
Benta yang terbengkalai dan sangat didambakan oleh penduduk di DUN Damak
yang telah dibangkitkan oleh ramai orang DUN Damak. Pemulihan semula
projek jalan Jerantut Benta akan menyenangkan kemudahan pengangkutan
bagi penduduk Jalan Benta, Mukim Ulu Cheka dan kampung-kampung
sekitarnya.
Bagi projek-projek RMK9 dan
RMK10 yang tertangguh seperti Projek Jalan Benta-Jerantut-Maran dan
penyelengaraan semula jalan Simpang Jengka 8-Jerantut yang sudah rosak
perlu dibaiki sebelum PRU 13.
Di zaman era Tun Mahathir dulu
pernah dicadang secara 'direct nego' kos keseluruhan untuk membuat
projek Jalan Benta-Jerantut Maran pada awal tahun 2000an ialah RM1.2
bilion. Akhirnya projek itu dibuat secara dipecahkan beberapa pakej.
Bila dibuat secara pakej maka melibatkan beberapa kontraktor.
Masalah Jalan
Benta-Jerantut-Maran ialah kontraktor sudah 'cost overrun' menyebabkan
kontraktor tidak dapat menyiapkan projek jalan tersebut.
Walaubagaimanapun adalah menjadi tanggungjawab kerajaan BN memastikan
Jalan Benta-Jerantut-Maran dapat diperelokkan.
Maka tender Projek Jalan
Benta-Jerantut-Maran ditender semula. Semoga kontraktor yang cekap dan
berkesan dapat menyiapkan projek jalan ini.
psssssssst: Ambil beratlah perkara asas ini dulu..
No comments:
Post a Comment