ANIMSI

home

Followers


Thursday 15 December 2011

KES PELAJAR JUAL DARA DI INTERNET!!


LAMAN web Yantra mempamerkan lelongan dara milik pelajar berusia 21 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle.

AMSTERDAM, Belanda - Seorang pelajar berusia 21 tahun dari Belgium yang hanya mahu dikenali sebagai Noelle menjual daranya pada harga 50,000 euro (RM218,062) dalam satu lelongan di internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Selepas dua bulan membuat lelongan, dia menerima tawaran daripada seorang pembeli misteri yang bersetuju untuk membeli dara pada harga tersebut.

Dia melelong daranya di laman gadis teman sosial, Yantra yang beribu pejabat di sini.

Gadis itu tidak mahu namanya didedahkan kerana bimbang ibu bapanya akan mengetahui lelongan tersebut.

Pembeli itu akan membawa dia membeli-belah dan makan malam di sebuah restoran yang menjadi pilihan gadis tersebut selain diberikan dokumen pengesahan dara daripada doktor.

Namun, syarat melakukan hubungan seks yang perlu dipatuhi ialah lelaki tersebut perlu memakai kondom.

Pembeli itu juga dibenarkan memiliki laman gadis teman sosial tersebut hanya bagi tempoh 24 jam.

Harga permulaan lelongan itu ialah 5,000 euro (RM21,806).- Agensi


PELAJAR KOLEJ JUAL DARA DI INTERNET

CARACAL – Seorang pelajar kolej berumur 18 tahun, Alina Percea (gambar) menjual daranya di Internet bagi membiayai yuran pengajian, lapor sebuah akhbar semalam. Namun hasrat Alina untuk memperoleh AS$73,557 (RM266,689) masih belum kesampaian setelah bidaan tertinggi yang diperolehinya hanya AS$7,355 (RM26,667).
Gadis dari Caracal, di Olt, Romania itu menyiarkan satu tawaran di sebuah laman web bagi mencari pasangan.Tawaran yang dikemukakan turut melibatkan hubungan seks tanpa memakai kondom. “Saya mahu menemui lelaki yang lemah lembut, hormat dan pemurah. “Saya mempunyai sijil daripada pakar sakit puan yang membuktikan saya masih dara,” kata Alina.
Menurutnya, pemenang bidaan perlu mempunyai sijil kesihatan yang membuktikannya bebas daripada penyakit.“Lelaki yang berjaya membuktikan sikap pemurah boleh bersama saya pada hujung minggu tetapi dia perlu membayar semua kos termasuk tambang pengangkutan serta kos penginapan,” kata Alina.Dia berharap lelongan itu akan menemukannya dengan seorang lelaki yang bakal menjadi suaminya. – Agensi

  PSSST- Semoga perkara seumpama ini tidak terus menular kepada bangsa kita dan ke negara kita :(

No comments:

Post a Comment