Saya melalui 8 jam agak memenatkan semalam.
Jam 3.30 petang saya berada di Taman Mas, Putra Perdana, Puchong.
"Kami di tingkas atas rumah kedai," ujar ASP Hazri Mohamad.
Beliau pegawai Jabatan Siasatan
Jenayah Komersil, JSJK, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, mengetui operasi
memberkas warga Nigeria dipercayai terbabit dalam kegiatan penipuan
menggunakan internet.
Saya kemudian mengekori 2 kenderaan pasukan ASP Hazri ke kilang di kawasan sama.
"Itu adik kepada pemegang akaun, kakak dia kerja," ujar beliau.
Pasukan beliau kemudian menahan kerani operasi berusia 31 tahun, 'Shana', bukan nama sebenar di kilang terbabit.
Suspek dan adiknya berasal dari Raub, Pahang.
Saya difahamkan teman lelaki
Shana, 31 tahun, 'Iko', berasal dari Nigeria telah memperdaya ramai
mangsa menyalahgunakan internet dan meraih keuntungan kira-kira 1 juta
ringgit.
Shana kemudian disoal siasat di rumahnya.
"Kenapa kamu menulis tandatangan berulangkali di dalam buku ini?," tanya Sarjan Tamu.
Shana terkedu buat seketika dan setelah didesak untuk menceritakan kisah sebenar, dia akhirnya membuka mulut.
"Teman lelaki saya telah pulang
ke Nigeria dan setiap kali saya berasa rindu kepada dia, saya meulis
nama dia," jelas pemegang Diploma Pengajian Komputer itu.
Tambahnya, Iko terbabit dalam kegiatan Nigerian scam dan sebelum ini wang mangsa didepositkan ke dalam akaun bank miliknya, berjumlah di antara RM5,000 dan RM50,000.
"Kamu dapat berapa ringgit setiap kali ada transaksi?," soal Sarjan Tamu.
"Kekadang RM100, kekadang RM200
sahaja sebab teman lelaki saya hanya menerima komisyen 10% daripada
jumlah diterima, saya berkongsi dengan dia," dakwanya.
Melalui nama diberikan oleh
Shana, saya mengakses Facebook milik Iko dan gambar kekasih kini hidup
mewah di negara asal di bawah disahkan oleh wanita itu.
"Apakah antara daya tarikan Iko kepada awak?," soal saya kepada Shana.
"Dia baik, amat mengambil berat
tentang saya dan memang selalu menolong saya dari segi kewangan," balas
anak ke 2 dari 8 beradik itu.
Kata Shana, Iko tidak pernah
membawa dia bercuti atau berhibur, cuma kadangkala mereka ke Cheras,
Kuala Lumpur untuk bertemu rakan senegara teman lelaki itu.
"Saya bersama (mengadakan hubung
seks) dengan Iko, purata 4 kali sebulan, selama lebih 7 bulan. Pada
hujung minggu saya pergi ke rumah dia, lepak dan kemudian check in di hotel bajet di Putra Perdana," jelas Shana lagi.
Wajahnya kelihatan selamba berkongsi kisah kehidupan.
"Teman lelaki awak sebelum dia, Melayu?," soal saya.
"Lima semua, Melayu dan mereka
suami orang tetapi lelaki meragut dara saya berusia 40 an, berasal dari
Teluk Intan, Perak. Ketika itu saya berusia 20 tahun. Empat lagi teman
lelaki lain, berasal dari Selangor. Biasalah lelaki bermulut manis,"
ujarnya.
Jam 4.15 petang, kami bergerak
ke bekas rumah Iko. Menurut Shana, Iko berkongsi pangsapuri terbabit
bersama 3 lagi warga Nigeria lain.
Mereka memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan majoriti tidak pernah menghadiri kuliah.
Rumah disewa dengan harga RM300 sebulan itu didapati kosong.
Shana kemudian diminta menghubungi belas rakan sebumbung Iko.
"Joshua, please. I want to take my laptop from the house," rayu Shana.
Dari raut wajahnya, saya dapat
menjangkakan jiwa wanita itu amat resah. Barangkali Shana baru sahaja
tersedar dari mimpi dan tidak dapat mengakui hakikat selama bersama, dia
hanya dijadikan habuan seks oleh Iko.
"Kawan dia cakap tengah berada di
dalam bas, suasana di sekeliling kedengaran bising, bunyi orang
bercakap," terang Shana kepada pegawai dan anggota polis bertugas.
Kira-kira jam 6 petang, rumah sama diperiksa.
Bilik teman lelaki Shana berbau
hapak juga diperiksa. Saya berasa amat hairan bagaimanakah gadis
tempatan sanggup melepak di ruang hamis serta bersepah seperti itu.
Barangkali kerana cinta, cinta membutakan mata dan hatinya.
Barangkali kerana cinta, cinta membutakan mata dan hatinya.
"Kata tadi hendak mengambil telekung, carilah," kata ASP Hazri.
Beberapa saat kemudian telekung
Shana dihulurkan oleh anggota polis berpangkat Kopral dan saya
difahamkan telekung itu ditemui di bilik Iko.
"Tengok ini, teman lelaki dia
bercadang untuk membawa Shana balik ke negara asal dia pada 17 Disember
lalu. Mungkin untuk menyambut Krismas bersama keluarga di sana," kata
pegawai polis berasal dari Perak sambil tersenyum.
"Dia memang ada mengajak awak untuk berkahwin ke?," soal saya.
Shana menganggukkan kepala.
"Orang Melayu tidak mahu dengan kita, kalau ada pun semua suami orang," komennya ringkas.
Saya terdiam sekaligus teringat kenyataan anggota polis menjadi kenalan saya sejak 10 tahun lalu.
"Saya sudah banyak kali terbabit
dalam operasi memberkas warga Nigeria. Bukan perempuan tempatan tubuh
berisi sahaja menjadi mangsa, gadis cantik pun terkena. Bila ditanya
mengapakah boleh begitu mudah terpikat dengan lelaki Nigeria? Dia
menjawab, dia orang istimewa. Teman wanita dibawa balik ke rumah, di
taburkan dengan kata-kata manis dan romantis. Sebelum melakukan hubungan
seks, teman wanita dimandikan terlebih dahulu. Dipastikan kedua mereka
berasa selesa dengan semburan minyak wangi. Selepas bersama, si lelaki
akan mendukung manja teman wanitanya ke bilik mandi dan dimandikan
sekali lagi. Melalui pengalaman, majoriti mangsa terjebak berbangsa
Melayu dan India, Cina kurang," jelas rakan.
Namun Shana mendakwa menempuh pengalaman berbeza.
"Saya dengan Iko, normal sahaja, tidak didukung pun cuma dia sungguh caring," ujarnya.
Dia kemudian dihantar oleh
anggota polis bertugas ke pejabat JSJK di Bukit Aman sementara satu lagi
operasi diaturkan oleh pasukan sama.
Barikutan aduan orang ramai,
hampir jam 7 malam, kami bergerak ke Batu 13 1/2 Puchong, Selangor.
Sewaktu memasuki kondominium mewah itu, saya dapati penempatan terbabit
dihuni ramai warga Afrika.
Jam 8.26 malam, ASP Hazri mengetuk pintu rumah berulangkali dan memperkenalkan diri.
Pegawai dan anggota memerhatikan
pergerakan di dalam rumah sambil mengawasi jika tanpa diduga suspek
bertindak membuang dokumen ke bawah dari tingkat 16.
2 minit kemudian, pintu cuba dipecahkan.
Melihatkan tindakan nekad pasukan
polis, lelaki warga Nigeria bertubuh tinggi pantas membuka pintu untuk
membenarkan pihak berkuasa melakukan pemeriksaan.
Seperti dijangka dari awal,
mereka sukar menerima arahan, degil. Namun pengalaman dimiliki pasukan
terbabit bukan alang-kepalang. Mereka sudah memahami setiap tipu-helah
sewaktu berhadapan dengan warga berasal dari benua Afrika itu.
Sebaik tangan digari, mulut mereka juga tertutup rapat. Pegawai dan anggota polis kemudian melakukan pemeriksaan secara teliti.
"Laptop dan pen drive disorokkan di siling bilik air!," jerit anggota.
Pegawai bertugas lantas memeriksa ruang dimaksudkan.
3 suspek berusia di antara 24 dan 31
tahun itu menjadi saksi ketika pemeriksaan dilaksanakan. Mereka mendakwa
pelajar kolej swasta mempelajari bahasa Inggeris.
Untuk rekod, mengikut etika
kewartawanan, saya dikehendaki melindungi identiti mereka kerana semua
lelaki diberkas, berstatus suspek dan belum disabitkan bersalah oleh
mahkamah.
Hairan, biar pun berstatus pelajar, mereka mampu menyewa kondominum mewah tetapi menggunakan nama wanita tempatan.
Pen drive dirampas didapati mengandungi pelbagai dokumen dan gambar meragukan.
Gambar lelaki berkulit putih, lazimnya digunakan untuk mengelirukan mangsa bakal ditipu turut ditemui.
Modus operandi mereka terbabit
dalam kegiatan penipuan melalui internet tidak sukar dikesan jika
pembaca mengetahui maklumat lengkap.
Warga
Nigeria, barangkali tinggal di Kepong, Puchong atau Cheras, menyamar
menggunakan identiti serta ikon lelaki warga Eropah di laman sosial
seperti Facebook. Bakal mangsa kemudian ditaburkan dengan kata-kata dan
janji manis bergantung kepada jantina.
Jika bakal mangsa itu wanita, lelaki Nigeria menyamar lelaki kacak dan bergaya.
Kerapkali
setelah mangsa tergoda, suspek mendakwa berhasrat menghantar bungkusan
mengandungi barangan bernilai seperti wang tunai dan peralatan
elektronik.
Mereka kemudian memaklumkan
mangsa melalui panggilan telefon kononnya bungkusan terbabit dirampas
oleh pihak berkuasa Malaysia atau diminta untuk melunaskan bayaran
penghantaran bungkusan terbabit mencecah ribuan atau jutaan ringgit.
Pembayaran
dibuat menggunakan akaun peribadi dimiliki oleh rakyat tempatan
bersekongkol dengan suspek. Sebaik wang dituntut didepositkan dan
mencukupi bagi mereka, semua suspek lenyap bersama janji manis sejak
perkenalan bermula.
Justeru
tidak hairan jika suspek hidup mewah manakala mangsa ditinggalkan papa
kedana. Mangsa bukan sahaja kerugian wang tetapi berkesudahan dengan
tubuh diratah puas oleh lelaki kononnya mencintai mereka.
Untuk rekod, tahun lalu, rakyat
Malaysia dilaporkan kerugian lebih 1 bilion ringgit akibat diperdaya
oleh sebilangan warga Afrika.
Dalam
operasi semalam sejumlah wang dipercayai palsu dijumpai di rumah
terbabit dan suspek juga didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
Mereka direman untuk melengkapkan siasatan.
Kepada semua pegawai dan anggota polis JSJK, usah sesekali berasa jemu melaksanakan tugasan dihujani dengan pelbagai cabaran getir kerana khidmat mulia itu, InsyaAllah mendapat balasan setimpal dari Allah.
Kepada semua rakan Facebook dan pembaca blog, mohon sebarkan kandungan entri ini supaya kita bersama mampu untuk mempertingkatkan tahap kesedaran serta kefahaman di kalangan wanita warga Malaysia agar mereka tidak terus diperangkap dan diperbodohkan oleh lelaki warga Nigeria.
Mereka direman untuk melengkapkan siasatan.
Kepada semua pegawai dan anggota polis JSJK, usah sesekali berasa jemu melaksanakan tugasan dihujani dengan pelbagai cabaran getir kerana khidmat mulia itu, InsyaAllah mendapat balasan setimpal dari Allah.
Kepada semua rakan Facebook dan pembaca blog, mohon sebarkan kandungan entri ini supaya kita bersama mampu untuk mempertingkatkan tahap kesedaran serta kefahaman di kalangan wanita warga Malaysia agar mereka tidak terus diperangkap dan diperbodohkan oleh lelaki warga Nigeria.
No comments:
Post a Comment