Jalan yang terbaik adalah Datuk Dr Hasan Mohamed Ali keluar daripada Pas bagi meneruskan
perjuangannya supaya tidak terikat dengan mana-mana pihak yang sememangnya
mementingkan kuasa dari perjuangan asal.
Memang sejak dulu, Hasan Ali sedia maklum perkara yang bakal
berlaku, namun kini atas rasa bertanggungjawab dia nekad mendedahkan perkara
sebenar.
Kita
sangat bersetuju dengan keberaniannya demi menegakkan perjuangan Islam,
kedudukan Melayu dan juga kedudukan Raja-raja serta Agong
Sehingga
kini rakyat maklum kedua-dua pemimpin DAP dan Pas saling bercakaran demi menegakkan prinsip perjuangan
masing-masing.
DAP
bertindak menolak hudud manakala Pas pula mendesak melaksanakannya. Inilah
bukti bahawa kedua-dua pihak tidak sefahaman dan
mempunyai agenda tersendiri.
Namun
perbuatan ini bukan hanya memberikan kesan kepada mereka dan parti malah
memberi gambaran buruk kepada rakyat bahawa PR hanyalah pakatan tiga parti
tidak serasi dan masing-masing bertindak mahu menjadi ketua dalam PR.
Sudah
semestinya dengan keadaan yang berpecah belah ini PR memang tidak layak
mengambil alih Putrajaya.
Rakyat
sememangnya keliru dan pasti wujud dalam pentadbiran dan pengurusan. Sebelum
perkara ini tercetus, rakyat harus membuat pilihan tepat bagi memastikan keamanan
negara berterusan.
psssssssst: Hasan Ali lebih baik bersama UMNO dari dibelenggu karenah PR yang menjijikan..
No comments:
Post a Comment