ANIMSI

home

Followers


Monday, 26 December 2011

DAP KRONI DAH PECAH RAHSIA, DAP MEMANG PENTINGKAN KUASA!!



Kemelut kepimpinan yang melanda DAP Pulau Pinang merupakan bukti jelas bahawa parti itu lebih mengutamakan soal kuasa berbanding kebajikan rakyat. 

Barisan Nasional (BN) mungkin tidak sempurna malah tidak ada parti politik di dunia yang sempurna. Tetapi, BN di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaksanakan langkah-langkah pembetulan menerusi program transformasi.

Tetapi bagi parti-parti pembangkang apa yang dapat dilihat mereka lebih mengutamakan serangan peribadi dan meninggalkan kebajikan rakyat yang telah meletakkan mereka di tampuk kuasa hari ini.

Kemelut DAP berikutan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh meminta Timbalan Setiausaha Agung parti itu Prof. P. Ramasamy mengundurkan diri daripada menjadi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang. 

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, Ramasamy sepatutnya meletakkan jawatan secara rela hati disebabkan gagal mematuhi arahan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP supaya tidak membuat kenyataan terbuka mengenai parti itu dan menyerang para pemimpinnya. 

DAP perlu mengenepikan ego dengan meletakkan kepentingan rakyat di depan contohnya dalam soal pembinaan flat kos rendah yang masih gagal dilaksanakan sejak 2008.

Siasatan perlu dilakukan bagi membuktikan dakwaan Ramasamy berlaku kronisme dalam parti itu.

Oleh kerana ia melibatkan Karpal yang meminta Ramasamy mengundurkan diri daripada menjadi Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, maka DAP seharusnya membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memastikan siasatan pihak ketiga dilakukan secara bebas.

Dakwaan itu juga melibatkan duit pembayar cukai. Maka DAP tidak boleh mengatakan mereka akan menyelesaikan secara dalaman dan menggunakan taktik biasa, menutup mulut dengan harapan ia dapat berlalu begitu sahaja.

DAP juga sepatutnya mempraktikkan amalan yang selalu digembar-gemburkan pentadbiran kerajaan Pulau Pinang melalui slogan Kompeten, Akauntabiliti serta Telus (CAT). Dap hanya cakap pandai bila kena pada batang hidung sendiri mulalah macam beruk kena belacan.


Pssssssssst: Dap , Pas, PKR semua dah bergolak tinggal nak hancur sahaja lagi..


No comments:

Post a Comment