ANIMSI

home

Followers


Sunday 11 December 2011

DAP BERGONCANG: TAKLAMA LAGI DAP NAK JAHANAM, BIARKAN!!



Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, P. Ramasamy yang terlibat dalam kontroversi menggelar Karpal Singh sebagai 'Godfather' bersedia meninggalkan parti itu jika menerima arahan Jawatankuasa Pusat Eksekutif (CEC) untuk berbuat demikian.
 
Sambil menegaskan beliau akan bertanggungjawab terhadap kenyataan berkenaan, Ramasamy berkata, beliau boleh mengambil tindakan tersebut kerana beliau bukannya orang yang gila kuasa atau jawatan.

"Namun, jika keputusan CEC adalah tidak adil, saya akan memperjuangkan sampai ke akhirnya," kata beliau ketika berucap pada Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang di Hotel Pearl View di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ramasamy berkata, sebaik sahaja kontroversi berkenaan tercetus, beliau telah beberapa kali cuba menghubungi Karpal yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan, tetapi gagal.

"Saya sebenarnya sangat menghormati Karpal kerana beliau boleh dikatakan 'guru' saya.
"Lantaran itu, saya tidak marah Karpal, Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer dan ADUN Bagan Dalam, A. Thanasekaran berhubung kenyataan 'Godfather' dan 'Warlord' ini," katanya.
Dalam perkembangan sama, Ramasamy berharap beliau dapat berbincang dengan Karpal bagi
menangani perkara tersebut.

psssssssst: Memang biarkan mereka menjahanamkan, Dap Memang Racist lihatlah..Parti anak beranak..

No comments:

Post a Comment