ANIMSI

home

Followers


Friday 18 November 2011

PANAS: SIAPA PULA BELI EZAM NI?


Ezam Mohd Nor menafikan beliau bertindak keluar parti sebelum ini demi wang, seperti dikaitkan veteran parti itu Dr Syed Husin Ali dalam memoir terbarunya.

Sambil menyindir "tidak mahu bertengkar dengan orang tua", Ezam menjelaskan, penglibatannya hanya dalam 'syarikat' kecil Gerak Agenda Sdn Bhd untuk memerangi rasuah memberi kesimpulan sebaliknya.

"Dan pada tahun 2007 itu jugalah saya sebagai ketua 'syarikat' yang dikenali sebagai GERAK itu telah menetang ketua BPR (Badan Pencegah Rasuah) ketika itu sehingga dia terpaksa lepaskan jawatannya.

"Kaji juga kenyataan-kenyataan saya dan GERAK selepas tarikh 13 Mei yang disebut Dr Syed. Kesemua kenyataan menentang dan mendesak kerajaan atas nama rasuah.

"Bagaimana orang yang dikatakan keluar parti untuk dapat wang/ jawatan pengarah syarikat besar boleh membuat serangan kepada kerajaan yang memerintah, khususnya ketua BPR?" kata Ezam.

1 comment:

  1. biasalah tak de modal..
    cari modal nak ganyang BN/UMNO
    Vedio itu besi tak boleh jadi saksi....

    ReplyDelete