ANIMSI

home

Followers


Saturday 19 November 2011

PANAS: RAFIZI GELABAH DENGAN KHAIRY PULAK DAH??

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhDvBH63J11L8SE2nAgf1uh4JfBoO-hpkD_0R664sZq0j-6UomhibdLYJB_MxThihyphenhyphen8LwI0qTwimj9XLdf3E-t88Pytl7uWQr2xWORRXdHJKPKea5kA2uM_b11gWE2XwVSBIBeoMW03_nQ/s320/KHAIRY+VS+RAFIZI+0022.jpg

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin masih belum menerima surat undangan cabaran berdebat daripada Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Rafizi Ramli berhubung isu projek lembu fidlot.
Sambil mengulangi kesediaannya menyahut cabaran tersebut, Khairy berkata, sebaik surat itu diterima, beliau akan melihat kesesuaian sebelum membuat keputusan muktamad untuk masa dan tarikh debat.

“Ya saya sudah bersedia. Cuma saya perlu melihat tarikh dan masa yang sesuai bagi kedua-dua belah pihak dan selepas tarikh muktamad diputuskan, baru kita akan berbincang soal format dan tempat (berdebat).
“Tetapi saya masih belum terima surat itu. Mungkin sehari dua lagi saya akan terima,“ katanya ditemui pada perlawanan bola keranjang Cabaran YBs Can Jump di sini hari ini.

Beliau ditanya perkembangan cabaran debat oleh Mohd. Rafizi berhubung isu projek lembu fidlot yang turut menimbulkan pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang di Dean Rakyat.
Mohd. Rafizi sebelum ini pernah mencabar Khairy berdebat dan ia diterima dengan penuh yakin oleh Ahli Parlimen Rembau itu.

psssst: KJ tak tau lagi yang Rafizi mana ade telur..pirah!!!

2 comments:

  1. dia dah dapat la bro, tapi tak berani nak kasi dengan tangan sendiri..
    pakai pos laju dan e-mail..!!
    http://klboyzwangsa.blogspot.com/2011/11/pengarah-strategi-pkr-memang-otak-lembu.html

    ReplyDelete