Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat takut kepada DAP apabila gagal menyatakan pendirian sebenar berhubung siapa bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Nik Abdul Aziz seolah-olah masih meraba-raba mencari jawapan dan tidak pasti mengenai pendirian Pas berhubung perkara itu apabila menyatakan ia hanya akan diketahui selepas pilihan raya umum berlangsung.
"Rakyat pasti hendak tahu sekarang. Kenapa Nik Aziz tidak nyatakan sahaja bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang?. Bukankah beliau Presiden Pas?
"Dan kalau Hadi jadi Perdana Menteri, maka bolehlah diwujudkan negara Islam dan laksanakan hukum hudud. Jadi tidak perlu salahkan orang lain mengenai pelaksanaan hudud," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai penafian Nik Abdul Aziz terhadap dakwaan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha pihak tertentu di dalam pakatan pembangkang untuk mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang atau wujud keadaan 50-50 pada pilihan raya umum akan datang.
Ibrahim berkata, penafian Nik Abdul Aziz itu membuktikan bahawa Menteri Besar Kelantan itu takut kepada DAP untuk menyatakan pendirian sebenar Pas itu.
"Ia sekali gus memperlekehkan pucuk pimpinan parti itu sendiri. Amat memalukan. Jika hendak tunggu selepas pilihan raya umum, macam-macam boleh berlaku. Tidak mustahil Lim Kit Siang (Penasihat DAP) jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri," katanya.
Ibrahim turut mempersoalkan mengapa Nik Abdul Aziz tidak menamakan sahaja Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga untuk menjadi Perdana Menteri sebelum ini.
Katanya, perkara itu membuktikan bahawa banyak perkara berhubung dasar-dasar antara parti di dalam pakatan pembangkang yang tidak jelas dan tiada kesefahaman sesama sendiri.
"Maka hasilnya akan timbul kekecohan sehingga menjejaskan kestabilan politik negara," katanya.
Mesti best Lim Kit Siang jd PM...pasti orang Melayu akan lebih terbela dengan bantuan yg sudah pastinya mencurah-curah..cakap apa saja yg org Melayu nak, semuannya akan dipenuhi..tidak akan ada unsur rasuah, kronisme, nepotisme, kadar jenayah akan turun serta merta, tiada larangan bg masjid utk kuatkan suara ketika berkumandangnya laungan azan dan mengaji Al-Quran,ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha..ha.. Kat mana lu Lim Kit Siang masa 13 Mei dulu??..bangsatnya nya Melayu yg turut sama mendukung serta memberi sokongan kepada Kerajaan anak beranak ni...korang tahu sejarah ni semua..ingatlah wahai saudaraku..jika anda sangat benci dengan UMNO sekalipun jgnlah memulakan serta menyalakan api kebencian terhadap saudara sesama Islam sendiri, kerana itulah yg salah satu soalan perlu dijawab apabila kita berada di dalam kubur nnti...bagaimana kita boleh menjawab siapa saudara mu wahai manusia?..Adakah kita pasti uttk menjawab soalan tersebut sedangkan kita sendiri telah dikafirkan oleh saudara seagama kita....bersatulah untuk melawan dakyah yahudi bangsat yg selama ini akan menggunakan serta menghalalkan apa jua cara bagi memastikan kita sesama Islam bergaduh sesama sendiri dan mereka akan menunggu masa yg sesuai untuk bertindak..lihatlah apa yg terjadi diluar sana..lihatlah..lihatlah..semoga bumi Malaysia ini terus dapat ditadbir oleh mereka yg berkelayakan dan menjalankan amanah dari rakyat dengan sebaik-baiknya....
ReplyDelete