Laman Sosial Facebook telah disalah guna oleh golongan ‘remaja gila seks’ untuk memaparkan gambar lucah dalam akaun mereka. Kegilaan baru ini dilihat sangat membimbangkan kerana ia merupakan punca kepada keruntuhan moral dan akhlak generasi muda masa kini. Lambakan laman-laman web yang wujud itu boleh mempengaruhi minda terutamanya golongan remaja yang semakin meminati laman sosial berkenaan pada masa kini.
pssst: Kesan perbuatan itu bukan sahaja bakal melahirkan remaja yang rosak akhlak malah bakal menjadikan laman sosial yang popular pada masa kini medan untuk menyiarkan gambar-gambar yang mengaibkan. Difahamkan, pengguna Internet yang ingin menjadi pengikut hanya perlu menekan butang like (suka) pada papan pemuka akaun tersebut sebelum diterima masuk oleh pereka laman seks tersebut. Lebih memalukan, sebaik diterima masuk tanpa disedari segala aktiviti mereka berkaitan akaun itu akan dipaparkan di dinding Facebook masing-masing dan semua gambar-gambar tidak senonoh itu turut boleh dilihat oleh rakan-rakan lain.
No comments:
Post a Comment