ANIMSI

home

Followers

Sunday, 13 November 2011

ANWAR JADI PM, DAP TOLAK HUDUD TERUS!!



Pemimpin-pemimpin parti pembangkang menganggap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan calon terbaik menjadi Perdana Menteri jika mereka mengambilalih Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Anwar merupakan calon yang layak menjadi Perdana Menteri dan beliau merupakan pilihan yang disokong sepenuhnya oleh Pas dan DAP.

"Namun, kes mahkamah yang dihadapinya kini mungkin akan menghalangnya daripada bertanding dalam PRU-13," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Sementara itu, mengenai pelaksanaan hukum hudud, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, tindakan Pas yang bertekad untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan membimbangkan orang ramai terutama golongan bukan Islam.
DAP tegas beliau, tetap tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dan di negara ini.

No comments:

Post a Comment