ANIMSI

home

Followers

Monday, 17 October 2011

PANAS: ZULKIFLI NORDIN SEDIA MENDEDAHKAN SIAPA ABDUL AZIZ!!

http://www.pribumiperkasa.com/wp-content/uploads/2011/06/OB1_8591yb-zul.jpg

   Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini menyahut cabaran Prof. Dr. Abdul Aziz Bari untuk berdebat secara terbuka dalam isu Perlembagaan selepas pensyarah kontroversi itu mempertikai titah peringatan Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah baru-baru ini.


Menurut Zulkifli, dia bersedia untuk berdebat di mana-mana sahaja yang boleh mendatangkan keselesaan kepada Abdul Aziz, sama ada di hadapan pelajarnya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau di hadapan ribuan penyokong pembangkang.

Bagaimanapun beliau menegaskan, debat itu hanya akan menjadi kenyataan jika pensyarah undang-undang tersebut memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor terlebih dahulu kerana mengeluarkan kenyataan bersifat biadab dan kurang ajar.

“Saya sedia sahut cabaran dia untuk berdebat di mana sahaja dia hendak. Cuma satu sahaja yang perlu beliau lakukan, minta maaf dengan Sultan Selangor dahulu sebab majoriti berpendapat kenyataan beliau mempertikai titah tuanku sebagai kurang ajar dan biadab.

“Malah saya sendiri masih dengan pendirian bahawa kenyataan Abdul Aziz itu bukan sahaja kurang ajar dan biadab tetapi bercanggah dengan kedudukan profesion dia sebagai seorang pensyarah. Justeru dia perlu letak jawatan,” katanya di lobi Parlimen di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata beliau akan menggunakan platform debat itu untuk mendedahkan siapa sebenarnya Abdul Aziz; dengan siapa pensyarah itu rapat pada era 70-an; siapa yang tolong menerbitkan buku tulisannya dan apa peranan dia dalam Kerajaan Selangor.

Jelasnya, selama ini tidak ramai rakyat mengenali siapa Abdul Aziz yang sebenarnya kerana beliau bijak menyembunyikan identiti di sebalik jubah selaku pensyarah undang-undang UIAM.



psssssst : PPJ amat memuji tindakan Datuk Zulkifli Nordin yang lantang memperbetulkan kenyataan yang disanggah oleh Abdul aziz. Bila nak debat ni?? PPJ setia menyokong Datuk Zulkifli. Pastinya sesuatu yang pedih menusuk jiwa bila Zulkifli membuktikanya!! 

No comments:

Post a Comment