ANIMSI

home

Followers

Wednesday, 5 October 2011

PANAS: PAS DAH MULA BOIKOT DAP!!!!!

http://4.bp.blogspot.com/-KkXO6qt8GX4/TiRxGmhD9NI/AAAAAAAAOrU/hZSE4l_4E4w/s400/PAS%2B-%2BDAP.jpg

  Pas seolah-olah mengenepikan DAP apabila tidak ada pemimpin parti itu dijemput menghadiri Himpunan Kesyukuran Perakuan Hudud anjuran kerajaan Pas Kelantan, esok.


Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana program itu berkata, kerajaan negeri tidak menjemput pimpinan DAP untuk hadir sebarang acara yang dirancang sempena himpunan tersebut.

Katanya, ini termasuklah ceramah perdana pada sebelah malam yang hanya akan melibatkan pimpinan utama Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ahli akademik.

“Tidak ada pimpinan DAP yang akan hadir kerana kerajaan negeri tidak jemput,” katanya selepas mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Amar, penganjuran program himpunan tersebut akan dimulakan dengan wacana hudud pada pukul 2 petang khusus kepada pegawai kerajaan negeri dan persekutuan serta wakil rakyat di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim.

Ia akan disertai Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad; pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari dan Ahli Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Datuk Mohamed Daud.
Katanya, ia juga akan disusuli dengan pertemuan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Pembangkang,

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama ulama pondok dari seluruh negeri di JKR 10 bagi membincangkan isu terkini.
“Kita juga akan adakan jamuan rakyat di Stadium Sultan Muhammad IV bermula pukul 5 petang yang dijangka dihadiri sekurang-kurangnya 5,000 orang.

“Pada sebelah malamnya pula, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Nik Abdul Aziz, Anwar dan Abdul Aziz Bari akan menyampaikan ceramah perdana di lokasi sama,” katanya.

  Dalam masa sama, Mohd. Amar memberitahu, kerajaan negeri akan meneruskan sebarang perbincangan lanjut mengenai mekanisme pelaksanaan hudud selepas majlis penerangan kepada masyarakat selesai.
Pada 28 September lalu, majlis pimpinan pakatan pembangkang yang dipengerusikan Anwar memutuskan tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan Pas.

Ini kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga walaupun dalam masa sama ‘menghormati’ pendirian Pas dan ‘menerima’ perbezaan pendirian DAP yang sebelum ini menentang pelaksanaan hukum itu.

3 comments:

  1. PERGI mampos sama DAP haram jadah..

    ReplyDelete
  2. Kalau hudud laksana... Karpal singh tak boleh cari makan..... Tu yang dia marah tu...

    ReplyDelete
  3. MAMPUSLA dap..

    ReplyDelete