ANIMSI

home

Followers


Wednesday 19 October 2011

PANAS: HISHAMMUDDIN vs JEFF OOI!! CABAR LAGI!!

http://media1-cdn.malaysiakini.com/362/ca77b88f7497c7a9b9602dad3d02ce12.jpg

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dicabar menyaman Utusan Malaysia jika beliau yakin laporan akhbar tersebut mengenai agenda menjadikan Kristian agama rasmi negara ini pada Mei lalu sebagai tidak betul.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika membuat cabaran itu berkata, Ooi boleh berbuat demikian jika dia merasakan pendedahan Utusan Malaysia itu adalah salah.

“Bukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak ambil tindakan, kita siasat tetapi Pejabat Peguam Negara memutuskan tidak mencukupi untuk tujuan pendakwaan.

“Tiada tindakan lanjut (NFA) seperti yang saya katakan di Parlimen semalam bukan bermakna tidak ada tindakan langsung kerana siasatan telah kita buat.

“Dia (Ooi) bolehlah saman Utusan Malaysia dan saya tidak nampak ada apa-apa silap dalam jawapan bertulis yang dibuat di Parlimen,” katanya di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Ooi yang dipetik daripada akhbar The Sun dan disiarkan dalam portal Malaysiakini bahawa beliau mengesahkan tidak ada bukti untuk menyokong dakwaan wujud konspirasi oleh kumpulan Kristian untuk menjadikan agama itu sebagai agama rasmi Malaysia.

Majlis pertemuan paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan terlebih dahulu didedahkan oleh dua laman blog iaitu ‘bigdog’ di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

No comments:

Post a Comment