Jamal
Abdillah akhirnya secara sah mendaftar menjadi ahli UMNO dan telah
menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf
Yusoh di Ibu Pejabat UMNO, di sini hari ini.
Katanya, dia menyertai UMNO
kerana amat yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan
kepimpinan sebelumnya dalam mentadbir negara ini.
“Walaupun saya baru mendaftar
menjadi ahli UMNO hari ini namun sebenarnya saya telah lama menyokong
UMNO malah arwah ayah saya juga semasa hayatnya merupakan pengerusi
tetap UMNO di Pasir Salak.
“Saya bukan menyertai UMNO untuk
kepentingan diri ataupun mempunyai agenda tersembunyi tetapi kerana
saya yakin dengan parti keramat UMNO. Saya yakin dengan prinsip saya dan
saya rasa kalau parti lain yang memerintah negara, tidak mungkin saya
mampu bertahan bergelar penyanyi sehingga kini.
“Kerana kepimpinan Barisan
Nasional (BN) yang berjaya mentadbir dengan aman damai maka saya mampu
bertahan sehingga kini. Malah peminat saya juga terdiri dari berbilang
kaum. Saya tidak kisah sekiranya selepas ini ada yang menuduh saya mahu
mencari publisiti murahan kerana saya tahu dan yakin dengan apa yang
saya lakukan,” ujarnya.
Jamal turut melahirkan rasa
kagumnya terhadap UMNO dan BN yang sentiasa menjaga kebajikan rakyat
malah sentiasa memertabatkan dunia artis.
“Saya menyeru para peminat dan
rakan-rakan saya agar marilah kita bersama-sama menjadi ahli UMNO dan
cubalah kita celikkan mata dan lihat apa yang telah kerajaan lakukan
selama ini untuk kita.