ANIMSI

home

Followers

Wednesday, 28 September 2011

HUDUD: PAS TAK SERIUS LAKSANA HUDUD


Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menyifatkan perbalahan antara Pas dan DAP berhubung isu hukum hudud tidak akan membawa keretakan ikatan antara dua parti itu dalam pakatan pembangkang.
Menurutnya, ini kerana kedua-dua parti itu tidak pernah menunjukkan keseriusan mereka sama ada untuk melaksanakan atau tidak hukum hudud tersebut.
"Saya tidak hairan selepas ini mereka akan lupakan (perbalahan) oleh sebab perjanjian yang telah dibuat sesama mereka (sebelum ini).
"Rakyat pun tahu, ini cakap sahaja tetapi tidak serius, hanya sekadar untuk dapatkan sokongan dan perhatian pengundi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13," katanya.
Beliau ditemui selepas menerima buku Monsoon Cup 2010: The Memories dari Pengerusi Tbest Events Sdn. Bhd. (Tbest), Tan Sri Sabaruddin Chik di sini, hari ini.
Buku kenangan berharga RM148 itu menceritakan tentang sukan perahu layar tersebut sejak acaranya dilaksanakan pada 2005 hingga tahun lalu.
Ketika ini dikatakan perbalahan antara Pas dan DAP kian memuncak dalam isu pelaksanaan hukum hudud menyebabkan kedua-dua parti berkeras dengan pendirian masing-masing.
Bagaimanapun, Abdullah percaya isu tersebut tidak akan menjejaskan imej UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi kempen PRU-13.
"Tidak akan menjejaskan BN kerana ia sudah lama diputuskan dan kita masih konsisten tentangnya," katanya.
Menyentuh mengenai Piala Monsoon, beliau berkata, acara sukan tahunan itu mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan di sekitar kawasan Pantai Timur.
"Ini kerana sehingga kini acara sukan itu disiarkan di 183 negara seluruh dunia dan saya berharap Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) boleh menjadikan sukan itu sebagai tarikan pelancong ke Pantai Timur," katanya.

No comments:

Post a Comment