
"Ketika ini pemaju hanya perlu meletakkan wang deposit sebanyak RM200,000 dan mempunyai sebidang tanah sebelum lesen dikeluarkan.
"Dengan pindaan baru ini jika projek tersebut dilihat mempunyai masalah, wang deposit tersebut akan digunakan untuk menampung masalah itu," katanya.
Chor berkata KPKT turut mensasarkan bahawa mulai 2015 semua pemaju diwajibkan membina dan menyiapkan rumah terlebih dahulu sebelum boleh dijual.
"Beberapa kaedah boleh digunakan seperti jika pembeli masih perlu membayar, hanya perlu (membayar) sebanyak 10 peratus dari harga rumah dan selebihnya boleh dibayar apabila rumah tersebut siap sepenuhnya," katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Kunci Projek Pemulihan Perumahan Taman Prima Hijau di Rawang, hari ini.
Chor berkata selain itu KPKT akan turut mengkaji mewujudkan kerjasama antara syarikat pemaju, syarikat insurans dan pembeli.

"Namun semua itu masih dalam peringkat perancangan dan perlu dapatkan persetujuan semua pihak sebelum mampu dilaksanakan," katanya.
Chor berkata akta baru itu akan memudahkan tindakan diambil seperti menggunakan Kanun Keseksaan terhadap pemaju yang gagal menyiapkan projek perumahan kerana menipu pembeli.
Sementara itu, Chor mengingatkan penghuni rumah strata (flat) agar menunjukkan tanggungjawab membayar wang penyelenggaraan di kawasan perumahan masing-masing.

"Ini semua berpunca daripada penghuni tidak membayar wang penyelenggaraan," katanya.
Beliau berkata KPKT memandang serius masalah berkenaan dan menegaskan sebenarnya ada akta yang boleh digunakan untuk mendakwa mereka yang enggan membayar wang penyelenggaraan.
"KPKT menasihatkan jawatankuasa bersama agar bertindak lebih tegas untuk menyelesaikan masalah tersebut," katanya.
Pada majlis itu, Chor menyerahkan kunci rumah kepada 54 pembeli taman berkenaan yang sebelum ini terbengkalai selama lima tahun.
*PPJ sangat bersetuju dengan pindaan akta perumhan ini kerana nasib pembeli tak terbela dan menangung kerugian disebabkan rumha terbengkalai.
No comments:
Post a Comment