ANIMSI

home

Followers

Friday, 5 August 2011

Rakyat Malaysia Terima Nasib Malang Macam Singapura?

           Orang Melayu di negara ini perlu sedar bahawa mereka juga akan menerima nasib sama seperti saudara mereka di Singapura jika membiarkan negara ini diperintah oleh pembangkang.
Ketua Puteri UMNO Pulau Pinang, Nor Hafizah Othman berkata untuk memastikan orang Melayu di negara ini mengalami nasib serupa, mereka harus memastikan tampuk pemerintahan negara ini tidak terlepas kepada pakatan pembangkang.
“Mungkin apa yang saya katakan ini ada yang akan menganggap sebagai rasis atau berbaur perkauman, tetapi ini adalah kebenaran, lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang, tempat kediaman orang Melayu diambil atas dasar pembangunan.
“Walaupun di Pulau Pinang ada pemimpin Melayu dalam pentadbiran negeri, tapi mereka sebenarnya tidak mempunyai kuasa, mereka ini terpaksa itu telunjuk DAP.
“Malah apa yang berlaku di Kedah baru-baru ini jelas menunjukkan, bagaimana DAP mampu membuatkan Pas mengikut  telunjuknya  membabitkan isu yang mempunyai kepentingan orang bukan Melayu dan Islam di negeri itu,” katanya kepada UMNO-Online.
Menurutnya, dari apa yang berlaku itu menunjukkan bahawa Pas dan PKR tidak mampu untuk memperjuangkan nasib orang Melayu di negara ini malah terpaksa tunduk kepada desakan DAP setiap kali berhadapan dengan isu membabitkan bukan Islam dan bukan Melayu.
Hafizah berkata, bagaimana Pas dan PKR untuk mempertahankan nasib orang Melayu dan Islam di negara ini jika pakatan pembangkang memerintah, sedangkan walaupun mereka mempunyai kuasa namun tidak mampu melaksanakannya.
“Pemimpin pakatan pembangkang pernah menyatakan bahawa jika mereka memerintah negara ini, jawatan Perdana Menteri tetap menjadi milik orang Melayu, tetapi apa guna menjawat jawatan berkenaan tetapi tidak mempunyai kuasa, hanya mengikut perintah sahaja seperti boneka.
“Kita lihat apa yang berlaku ketika pakatan pembangkang memerintah Perak seketika dahulu, walaupun Menteri Besarnya orang Melayu (Mohamad Nizar Jamaluddin) tetapi dia ikut arahan wakil rakyat DAP.
“Nama sahaja Melayu dan Islam tetapi tidak mampu mempertahankan hak bangsa dan agama sendiri, sanggup menjadi alat kepada orang lain asalkan politiknya terus hidup, dan perkara ini juga mungkin berlaku apabila pembangkang perintah negara kita,” katanya.
Beliau berkata, bagi DAP apa yang penting adalah kuasa bukannya jawatan, contoh terbaik adalah di Kedah, walaupun Pas memerintah dan DAP hanya mempunyai satu kerusi DUN, namun mereka berjaya mentadbir negeri itu dari jauh.
“Orang Melayu perlu ingat, DAP lahir daripada PAP, parti yang memerintah Singapura, ramai orang muda tidak mengetahui perkara itu,  apabila PAP memerintah Singapura, kuasa orang Melayu hilang beransur-ansur sehingga Istana Melayu pun tergadai dan kini menjadi muzium mempamerkan sejarah orang Melayu.
“Apakah kita ingin mengalami nasib yang serupa seperti mana dialami oleh saudara-saudara kita di sana, pemimpin Melayu dalam pakatan pembangkang bukanlah pejuang bangsa tetapi berjungan untuk kepentingan peribadi.
“Lihat apa yang berlaku kepada Pas, kerana untuk mendapatkan sokongan dari bukan Melayu, sanggup membuang perjuangan negara Islam dan menganti dengan perjuangan negara berkebajikan kerana ingin duduk semeja dengan DAP dan PKR,” katanya.
Menurutnya, kesedaran perlu ada terutamanya di kalangan generasi muda dan memahami senario politik supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu helah pembangkang yang sememangnya bercita-cita untuk merampas negara ini.
Katanya, dalam soal pemilihan tampuk pemerintahan, sebarang kesilapan membawa kesan yang amat buruk dan tidak boleh diganti dengan sekelip mata, apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Kedah harus dijadikan iktibar. Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Gunanya.

No comments:

Post a Comment