ANIMSI

home

Followers


Saturday 6 August 2011

GEMPAR: Anwar Akan Digulingkan?????

Tindakan pembangkang mencari alternatif Ketua Pembangkang yang baru menunjukkan mereka telah sedar siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebenar. Saksi utama kes liwat Ketua Pembangkang itu pada 1998, Ummi Hafilda Ali berkata, tidak mustahil Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan dilantik menjadi Ketua Pembangkang bagi menggantikan Anwar.

“Tidak mustahil ia berlaku kerana pada pengalaman saya, satu gelombang baru kini wujud dalam pembangkang apabila mereka sebenarnya mahu mencari ketua yang baru,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini. Beliau mengulas desas-desus pembangkang yang cuba 'memikat' Tengku Razaleigh untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang bagi menggantikan Anwar seperti yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, baru-baru ini.

Ummi Hafilda yang juga adik Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, beliau sendiri amat terkejut dengan perubahan penyokong pembangkang apabila mereka datang berjumpa dengannya bagi mengetahui sikap Anwar yang sebenar.

“Perkembangan ini saya lihat sebagai satu desakan di peringkat bawah kepada pemimpin di atas supaya mencari pemimpin yang boleh dipercayai,” katanya. Malah, katanya, beliau turut didatangi oleh salah seorang ahli keluarga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mendengar sendiri cerita daripadanya mengenai Anwar.

“Setelah mendengar penjelasan saya, dia kesal kerana sikap Nik Abdul Aziz yang masih mahu menerima dan bersekongkol dengan Anwar,” katanya. Ummi Hafilda berkata, sudah tiba masanya bagi Pas ‘meninggalkan’ Anwar memandangkan telah banyak rahsia demi rahsia mengenai Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan skandalnya terbongkar.

Katanya, penyokong pembangkang juga sudah mula muak dengan Anwar yang sentiasa mahu berdolak-dalik dengan isu-isu yang dihadapinya terutama kes liwat yang belum selesai di mahkamah. UM

No comments:

Post a Comment