ANIMSI

home

Followers


Sunday 14 August 2011

DAP DAH MULA BUAT NEGERI PENANG MACAM NEGERI BAPAK MEREKA, MENGAJI DI MASJID BISING!!!

KOTA BHARU 14 Ogos – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan amalan membaca al-Quran dan melaungkan iqamat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu serta membawa masalah kepada orang lain.
Menurut beliau, perkara itu tidak boleh dilakukan sekiranya mendapat sungutan daripada orang yang sedang sakit, budak kecil atau orang bukan Islam yang tidak boleh tidur.
‘‘Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat. Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit.
“Kita bang (laungkan azan) atau baca al-Quran kalau menyusahkan orang sakit atau budak kecil menangis terkejut memang tidak boleh. Memang Islam cukup baik dan cukup sederhana,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Menteri Besar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan masjid dan surau menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di negeri itu.
Nik Abdul Aziz berkata, masalah itu tidak timbul di Kelantan kerana orang bukan Islam sudah dibiasakan dan seronok setiap kali mendengar bacaan al-Quran.

No comments:

Post a Comment