ANIMSI

home

Followers


Friday 12 August 2011

BERITA :Demonstrasi Gerakan Anti Murtad di pekarangan Masjid Shah Alam

Demonstrasi Gerakan Anti Murtad di pekarangan Masjid Shah Alam, khabarnya turut dihadiri sebahagian besarnya ahli-ahli PAS. Ternyata mereka juga tidak senang dengan apa yang berlaku di Selangor serta sikap pro-Kristian yang ditunjukkan oleh pentadbiran negeri.
Antara yang turut hadir adalah Zulkifli Nordin, Ezam Mohd Nor dan beberapa NGO Islam. Beberapa blog seperti Gerakan Anti PKR (GAP), Darul Ehsan Today (DET) sedang melaporkan perkembangan tersebut dari semasa ke semasa.
Pemurtadan yang melibatkan sebuah gereja haram di Damansara Utama, selain gambar-gambar agen-agen pemurtad yang disiarkan oleh beberapa buah blog, begitu hangat sekarang. Khalid Ibrahim yang sedang berusaha mengekang kejatuhan Pakatan Rakyat secara lebih pantas di Selangor, dikatakan ENGGAN MEMBENTANGKAN LAPORAN JAIS sekalipun laporan berkenaan telah siap. Difahamkan, Khalid Ibrahim cuba untuk menarik masa sehingga September untuk membentangkan laporan tersebut.
Kegagalan penyitaan Gereja Methodist Damansara Utama semalam, juga dikatakan berpunca daripada campurtangan beberapa Exco Selangor seperti Teresa Kok, Ronnie Liu dan Khalid Ibrahim sendiri. Sumber memberitahu, mereka telah diperintahkan agar membatalkan penyitaan tersebut dan diarahkan supaya membuat penafian tentang operasi tersebut.
Pastinya perkembangan terkini yang melibatkan ahli-ahli PAS yang tidak segan-silu membawa sepanduk dan menyatakan cawangan mereka di perhimpunan 'kecil' itu, akan menyemarakkan lagi permusuhan antara Khalid Samad dan kumpulan Anwarinas dalam PAS Selangor dengan Hasan Ali, orang yang cuba dikambinghitamkan oleh PAS untuk gelak tawa DAP.
Sewajarnya dalam hal ini, tidak ada PAS dan tidak ada UMNO atau apa-apa jenama pada orang Islam. Orang Islam seharusnya bersatu mempertahankan hak mereka yang dijamin di dalam Perlembagaan. Gagal mempertahankan hak tersebut, bermakna hak-hak yang lain dan yang lebih berstatus kecil akan mudah dibaham....
Menariknya, ketika di Selangor, umat Islam mula panas hati dengan gelagat puak-puak ekstremis yang cuba mengganggu gugat keharmonian pelbagai agama di negara ini, di Pulau Pinang pula, kerajaan DAP melarang laungan azan dan bacaan al Quran pada waktu subuh dengan menggunakan pembesar suara!
DAP cuba mencabar Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi dengan alasan 'kemanusiaan' mereka iaitu laungan azan dan bacaan al Quran pada waktu subuh ADALAH BISING DAN MENGGANGGU TIDUR MEREKA!!!
Belum lagi menguasai Putrajaya... baru menguasai Pulau Pinang dan jadi dalang di Selangor, DAP sudah menunjukkan belang mereka yang SANGAT MEMBENCI ISLAM dan UMATNYA!!!
ORANG MELAYU KENA SEDAR DALANG 13 MEI DAN ANTI ISLAM MASIH ADA DIDALAM DAP!!!! LIHAT LA APA YANG DIBUAT SEKARANG, PERLAHAN-LAHAN INGIN MERAMPAS HAK MELAYU DAN ISLAM!!!

No comments:

Post a Comment