ANIMSI

home

Followers


Monday, 27 February 2012

ANWAR KENAKAN BADRUL AMIN???


Habis riuh rendah sakan berdendanglah cerita kunuunnya kes khalwat Penasihat Agama terulung PKR, Dr Badrul Amin adalah kerja konspirasi UMNO!

Betapa maksumnya pimpinan PKR…., mereka tidak melakukan sebarang dosa, mereka serba serbi lengkap most perfected leaders.  Lihat sahaja apabila Imam Mahdi mereka Anwar Ibrahim apabila terpalit dengan kes liwat dan video lucah membelasah China Doll…, siapa yang dipersalahkan…?  Jawapanya ialah Najib, Rosmah, UMNO, Polis, Hakim dan itulah dia jawapan standard untuk menutup segala kesalahan diri mereka sendiri..!

Berbalik kepada kes liwat Dr Badrul Amin bersama seorang wanita isteri orang yang terjadi di sebuah bilik Swiss Garden Resort Kuantan jam 2 pagi 26 Februari 2012.  Seperti skrip sudah tersedia untuk dibacakan…. Siapa yang disalahkan..?  Kali ini Jabatan Agama Islam Pahang JAIP yang duduk dalam kerajaan negeri pentadbiran UMNO-BN Pahang.


 Panaaass….! 
“Sebenarnya yang kenakan Badrul Amin nie orang dalam PKR jugak…”

“Mereka dah fed up dengan Badrul Amin yang makan gaji buta sebagai Ketua Penerangan Pejabat Menteri Besar Selangor.  Tak ade ape pun yang dia buat…”  jelas seorang sahabat dari pimpinan PKR Selangor kepada Blog MIK.

“Badrul Amin mula lepas tangan bila PKR lantik Yb Shuhaimi jadi Ketua Penerangan PKR Selangor.  Azmin Ali sebagai Pengerusi PKR Selangor lantik Shuhaimi…”

“Jawatan Badrul Amin dilantik oleh MB, tapi nampaknya program PKR Selangor lebih aktif lebih dapat sambutan dan kerjasama banyak pihak” tambah sahabat itu lagi.

“Ada dua kem, satu yang Khalid MB lead, dan satu lagi yang Azmin Ali punya team… Bila Badrul Amin nampak program Penerangan bawah Shuhaimi dah buat kerja maka dia [Badrul] dia pun cuci tanganlah bro…”

 “Badrul Amin ni pulak dari dulu memang tak boleh pergi dengan Azmin Ali….” kata sahabat itu kepada Blog MIK

Difahamkam kakitangan pejabat MB Selangor sudah beberapa kali menegur Badrul Amin dalam mesyuarat untuk memperhebatkan lagi program dibawah kelolaan dan kendaliannya, namun langsung tak diendahkan.  Badrul Amin kecewa setelah beliau hampir hampir tewas dalam pemilihan Mesyuarat Agung Cabang Sabak Bernam yang tercetusnya peristiwa baling kerusi dan tumbuk menumbuk dikalangan ahli ahli dan perwakilan.  Dalam kem PKR sering menyindir-nyindir Badrul Amin menang secara tidak sah…..
MIK 

Sunday, 26 February 2012

PANAS!! BADRUL AMIN DIKAITKAN DENGAN MAKSIAT??



PKR mahu anggota Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu, Dr Badrul Amin Baharon, yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) awal pagi semalam berhubung kejadian, didakwa berdua-duaan(berkhalwat) dengan seorang wanita, disiasat secara profesional. 

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menuntut agar Jaip dan pihak berkuasa membuat siasatan secara telus dan profesional selepas Badrul Amin ditangkap khalwat.



pssssst: apa nak dikata sheik?? so? buat malu betul la ostat ni..adui!!

Friday, 24 February 2012

HOT VIDEO : NASIB BAIK ANUWAR TAK BAGI ALASAN MACAM NI MASA TUT TUT DENGAN CHINADOLL...


Menarik...rakaman CCTV menunjukkan sepasang kekasih cuba melakukan aksi XXX didalam sebuah tandas..pada mulanya aksi XXX kekasih ini berjalan lancar sehingga..si lelaki menolak kemahuan si perempuan..mungkin si lelaki tu dapat seru yang perbuatannya tu tak elok...??? Apa lagi..si perempuan pun mengamuk le...ambik kau..sampai kena penyepak lelaki tu..Dunia oh dunia...nak buat baik pun salah...



Tapi ini lain pula ceritanya..mungkin manusia anugerah tuhan ini mendapat seru untuk bertut tut dengan chinadoll tu...kalau dia tolak, mungkin dia akan menerima nasib yang sama macam lelaki dalam video diatas....hehehehehee...SETERUSNYA
 

Thursday, 23 February 2012

PANAS!! GAMBAR ARTIS REMAJA PANAS DAN GAMBAR PEMIMPIN TERSEBAR!!

Gambar panas daripada Artis remaja yang sedang meningkat naik ni, zeyna nampaknya agak sosial semasa berhibur bersama-sama rakan rakan..
Buat sesiapa yang tak mengenali Zeyna ni.. dia adalah salah seorang daripada pelakon K.A.M.I dan rempit vs evolusi driff..
Wah, Hebat juga Zeyna ni.. Baru nak mencipta nama sudah tersebar gambar bersosial dia di club.. Buat sesiapa peminat Zeyna..
Jom kita terjah gambar zeyna sedang berhibur bersama rakan-rakan ni…
PsssT: Tahan gagah la minah ni seksi tapi dia masih jugak pakai baju. Yang orang tua ni lansung tak pakai apa - apa. Tapi, tak de pulak orang nak cerita. Siap keluar majalah porno lagi.

gambar Anwar masuk majalah porno di Jepun

Wednesday, 22 February 2012

TAK PERLU BAI'AH!!


Langkah Pas yang mahu mewajibkan calonnya, yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13, mengambil sumpah bai'ah atas alasan ia seolah-olah menunjukkan ahli-ahlinya tunduk kepada pemimpin mereka. Perkara ini sangat tidak wajar.

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir berkata, manusia sepatutnya hanya tunduk kepada ALLAH dan bukan kepada sesama manusia.

 Pemimpin-pemimpin Pas juga merupakan manusia biasa, bukannya Nabi atau raja.

Dia orang (pemimpin Pas) hanya manusia biasa. Bukan Nabi, bukan raja. Tak perlu bai'ah ini.

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, setiap calon yang bertanding dalam pilihan raya wajib berbai'ah sebagai satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah. 
Katanya, tujuan bai'ah dilakukan bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya. 
 
Abdul Hadi berkata lagi, sesiapa yang melanggar bai'ah yang dibuat "maka akan celaka dunia dan akhirat."
 
 Bai'ah yang dibuat oleh Pas bertujuan untuk mengongkong pemikiran ahlinya agar tidak menerima pendapat yang berlainan daripada matlamat parti itu. 
 
"Bai'ah ialah kita bersumpah setia pada pemimpin. Mereka manusia dan buat salah. Malah banyak pemimpin Pas yang buat salah dari segi agama.
 
Parti Pas sanggup membuat apa sahaja sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP. 
Pas lebih rela bekerjasama dengan DAP berbanding Umno. Ini bukti pas bukan benar-benar serius untuk berjuang mengangkat sebenar pas.
 
Tun Mahathir berkata "Dulu kita dah pernah buat (bergabung) dengan masukkan Pas dalam (Barisan Nasional) BN. Tapi dia (Pas) bukan perjuangkan BN tetapi cuma kembangkan pengaruh dia sahaja. Jadi tidak ada keikhlasan mereka untuk bekerjasama. Sebab itu kita berpisah. 
 
"Sehingga kini mereka tak nak bekerjasama dengan Umno tetapi lebih suka dengan DAP sehingga gugurkan (konsep) Negara Islam, Itulah Pas," katanya lagi.
 
psssssssst : Ramai penyokong pas kecewa dengan perjuangan pas yang kini banyak menyimpang dan mengikut telunjuk dap!

Tuesday, 21 February 2012

HARUSSANI SOKONG PENUBUHAN JATI!! NIK AZIZ??




Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini menyokong usaha untuk memperjuangkan Islam seperti yang dipromosikan pertubuhan pro-Melayu JATI yang disifatkannya sebagai satu jihad kepada orang Islam.

Katanya jihad itu diwajibkan ke atas orang Islam, apatah lagi apabila serangan ke atas Islam kini "begitu hebat sehingga ramai di kalangan orang Islam menjadi murtad."

"Wajib kita pertahankan akidah kita daripada serangan ejekan atau diperhina. Namun hari ini kita lihat agama kita tidak diambil berat oleh orang Islam sendiri, malah ada yang mempertahankan perbuatan itu," katanya lagi.

Tambahnya, orang Islam juga wajib mempertahankan Raja-raja Melayu memandangkan golongan itulah yang mula-mula sekali menerima Islam di negara ini.

"Maka raja tidak boleh terpisah dengan kita," katanya lagi dalam ucapannya di majlis perasmian penubuhan NGO tersebut di Shah Alam hari ini.

Tambahnya, perjuangan untuk mempertahankan raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad melalui sabda baginda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini."

"Jadi kita pertahankan kerana itu disebut oleh Rasulullah. Bukan dalam satu riwayat saja tapi banyak riwayat," tambahnya.

Mengulas mengenai pandangan sesetengah pihak mengenai perjuangan kaum, Harussani berkata Nabi Muhammad sendiri telah menyeru kepada kaum Quraisy pada waktu itu supaya mempertahankan bangsa mereka.

"Ada orang kata kalau kita bercakap bangsa Melayu dikatakan kita ini orang yang nasionalis. Nabi juga bercakap tentang kaumnya.

"Kita pertahankan bangsa kita bukan bermakna taksub dan memang wajib pun kita pertahankan kerana negara ini adalah kepunyaan orang Melayu.

"Salah satu wasiat raja-raja sebelum merdeka ialah selain gunung ganang, sungai atau lubuk-lubuk maka setengah daripada tanah Melayu itu mestilah hak orang Melayu, yang lain itu biarlah berebut sesama kamu," katanya lagi.

Monday, 20 February 2012

PANAS!! MENGAPA ANWAR BERSUNGGUH INGIN BERDEBAT DENGAN NAJIB??



Seperti dijangka, debat antara Presiden MCA Datuk Seri Chua Sok Lei dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Sabtu lalu dijadikan modal oleh penyokong pembangkang agar debat yang lebih besar antara ketua mereka dan Perdana Menteri diadakan. 
Semua tahu betapa mengidamnya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Sampaikan pernah sebut, kalau bagi dia bercakap 10 minit saja pun tak apa, janji bercakap.
Bagi yang biasa dengan Anwar, apa lagi kelebihan beliau, satu-satunya kepandaiannya yang diakui ramai adalah bercakap. Modalnya air liur manakala kesannya tak ada.
Wahasil balik asal...
Sebab itu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak idea nak regukan Najib dan Anwar berdebat.
Dr Mahathir berkata, debat itu tidak perlu diadakan kerana pendirian Anwar terhadap banyak isu memang sudah diketahui ramai.
"Beliau boleh jadi apa sahaja, beliau umpama sumpah-sumpah, beliau bertukar warna setiap masa. Apabila beliau bersama dengan orang India, beliau menjadi orang India, apabila beliau bersama dengan orang Islam, beliau akan memberi ceramah mengenai Islam. Apa yang mereka perjuangkan ialah untuk menjadikan beliau Perdana Menteri, itu sahaja," katanya.
Mahathir berkata debat membincangkan isu Melayu boleh diadakan tetapi "kesannya tidak ada".
"Debat boleh, seronok orang tengok tapi kesan tak ada," katanya sambil menambah ianya lagi memburukkan lagi keadaan kerana setiap pihak masing berpegang dengan pendirian masing-masing.
Mahathir mendakwa rakyat Malaysia masih membenarkan perasaan sentimen mempengaruhi diri, berbanding bersikap rasional jika bercakap mengenai debat.
Sementara itu, bagi bekas orang kanan Anwar, Senator Ezam Mohd Nor, Anwar tidak layak duduk sepentas dengan seorang Perdana Menteri.

Sesiapapun menjadi Perdana Menteri perlu mempunyai tanggungjawab untuk menjaga nama baik isntitusi kerajaan daripada menjadi mainan politik daripada seorang desperado dan lebih penting lagi pemimpin yang tidak bertanggungjawab seperti Anwar.
"Saya menggesa PM tidak melayan sama sekali karenah Anwar dan kuncu-kuncunya untuk berdebat. Debat seperti juga perkara-perkara lain didunia ini hanya akan bermanfaat sekiranya dilakukan dengan penuh tanggungjawab.
"Sebaliknya Anwar adalah seorang haiwan politik yang paling tidak bertanggungjawab yang pernah lahir di dalam negara ini.
"Seorang yang sanggup gadai ekonomi negara dengan pembohongan 16 September, hina negara di luar negara dengan putar belit fakta seperti (baju) batik Malaysia hodoh berbanding batik Indonesia dan terbaru kenyataan iktiraf Israel jelas menunjukkan jenis politikus apa Anwar ini," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Ezam yang pernah menjadi Ketua Pemuda PKR, Anwar merupakan seorang pengkhianat negara, umat serta tidak bertanggungjawab.
"Cukuplah pembangkang menghina diri mereka dengan membiarkan Anwar memimpin mereka. Perdana Menteri tidak boleh biarkan Anwar hina negara ini dengan benarkan pengkhianat seperti Anwar duduk sepentas dengannya dalam acara debat tersebut," kata beliau.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata gesaan pembangkang supaya Najib berdebat dengan Anwar mengenai ekonomi negara hanya helah politik semata-mata.
Beliau mendakwa, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bukannya pakar ekonomi untuk berdebat soal ekonomi dan beliau patut terlebih dahulu membersihkan dirinya berhubung sokongannya kepada rejim Zionis.
"Anwar sengaja nak alihkan perhatian umum apabila dirinya dikecam hebat oleh rakyat termasuk daripada kalangan pemimpin PAS kerana menyokong rejim Yahudi," kata Syed Ali dalam blog UMNO Cheras, Isnin.
Berlainan nada, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kata debat antara Najib dan Anwar sememangnya ditunggu-tunggu untuk mereka berhujah secara berhadapan, tidak lagi masing-masing melontarkan pelbagai dakwaan antara satu sama lain yang menghalang mereka untuk menyoal dan menjawab secara langsung.

Pendapat Mahfuz turut disokong anak Anwar, Nurul Izzah juga bersetuju supaya perdebatan itu antara Najib dengan Anwar.

“Ia merupakan kesinambungan yang paling tepat setelah debat selepas Guan Eng dan Soi Lek, “ katanya yang juga Naib Presiden PKR.

Pendapat dua pemimpin pembangkang itu juga disokong sebuah NGO pro mereka,

Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian dipetik media berharap debat Najib dan Anwar akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.
Ibrahim juga berkata, beliau tidak melihat debat yang diadakan melibatkan Najib dan Anwar, masing-masing Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) akan merugikan mana-mana pihak.
"Saya rasa tidak. Ia tidak akan merugikan, sebaliknya akan membantu rakyat khususnya membuat pendirian mengenai sesuatu isu," kata beliau.-20/2/2012- OLEH HELME HANAFI

pssssssst: Anwar kata peluang nak memusingkan rakyat ketika ini!

PANAS!!MAHATHIR TAHU SIAPA ANWAR!! ANWAR SESUMPAH @ PAKAR PUTAR ALAM!!


Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata “tidak ada apa” yang perlu didebat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan tokoh PKR itu sebagai “sesumpah”, Mahathir berkata semua pihak mengetahui pendirian tokoh PKR itu yang didakwanya sentiasa berubah.
“Tidak ada apa untuk berdebat dengan Anwar. Kita tahu, tentang pendiriannya. He is everything to everybody.

“Dia adalah sesumpah, dia tukar warna kulit setiap hari. Kalau dia dengan kaum Cina, dia condemn Dasar Ekonomi Baru.

“Kalau dia dengan India, dia menjadi (seperti orang) India, kalau bersama Muslim, dia bercakap tentang Islam,” katanya sinis.
Bercakap dalam sidang media selepas memberi taklima
t khas kepada kira-kira 250 pemimpin PERKASA seluruh negara, Mahathir mendakwa apa yang diperjuangkan oleh penyokongnya adalah untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri.

pssssssst: Anwar boleh berubah-ubah pendirianya demi kepentingan peribadi!

Sunday, 19 February 2012

PANAS!! HASSAN ALI BERBISA DEDAH TEMBELANG KENAPA PAS TAKUT VIDEO SEKS ANWAR!!


Sebagai bekas pemimpin PAS yang ada ketika beberapa isu besar melanda Pakatan Rakyat, sudah tentu Datuk Dr Hasan Ali layak menceritakan pengalamannya tatkala misal berdepan isu video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Dalam satu kesempatan minum petang di rumah beliau di Pinggir Taman Tun Dr Ismail petang Khamis, kami -sekumpulan blogger dan wartawan portal, sempat bertanyakan cerita beliau mengenai video seks dari pengalamannya bersama PAS.
Dr Hasan menjawab dengan berhati-hati, menurutnya, kebanyakkan pemimpin PAS tidak ghairah untuk memberitahu samada sudah menonton atau belum video tersebut, apatah lagi mahu membuat andaian bahawa pelakunya Anwar Ibrahim.
 
"Pertimbangan utama mereka barangkali Pakatan Rakyat (pepecahan yang terjadi jika mengaku dalam video itu Anwar), sebab itu mereka lebih suka mendiamkan diri, lebih suka tidak menzahirkan pendirian dan apa yang tersembunyi dalam hati," katanya.
 
Beliau sendiri, tidak tengok lagi video tersebut, tidak sampai hati, katanya, memandangkan Anwar dan dia merupakan kawan sejak di zaman universiti lagi.
 
"Tapi saya sudah melihat dari awal, rentetan-rentetannya, samada dengan drivernya (Azizan), dengan adik angkatnya (Sukma), samada dengan gadis-gadis lokal, gadis luar negeri yang dibariskan satu-persatu, yang sehingga kini tidak berjawab,"
 
"Bahkan bila (Anwar) diasak sumpah laknat, sehingga kini tak berjawab sumpah laknat tersebut, paling tidaknya jika beliau bersumpah laknat, sudah gugurlah beberapa persepsi.
 
"Nampak-nampak sayalah, diri saya kata kuat untuk saya mempercayainya," kata beliau berlapik.

hasan5xx
 
Dr Hasan yang kini setiap malam menjelajah dalam diri road show selepas dipecat PAS pada 8 Januari lalu. Kerap mengadakan sidang media dan selalu menghadiri pertemuan-pertemuan tidak rasmi seperti bersama kami petang Khamis.
 
Beliau mendapat tenaga baru, namanya kembali menjadi sebutan, ada yang menyokong dan ada yang menentang, tetapi siapapun tidak dapat menolak bahawa Hasan Ali sedang 'menunggang gelombong' hasil dari kegopohan PAS memecatnya.
 
Ketika ditanya mengenai isu terbaru membabitkan bekas rakan Exconya, Elizebert Wong, dan bagaimana PAS senyap sunyi tidak memberikan komen mengenai kejadian tersebut, kata Dr Hasan...
 
"Bukan mute lagi, totally inactivity, kalau mute boleh pause lagi,"jelasnya.
 
Menceritakan lebih lanjut, katanya ketika mula-mula isu gambar tak senonoh Elizebert Wong timbul pada tahun 2009, pandangan yang popular ketika itu adalah beliau menarik diri (letak jawatan). 
 
"Tapi Dato Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ada pandangan berbeza. Ketika dibawa ke Mesyuarat Exco pun, Mesyuarat Exco suruh bercuti, dua bulan, dan kita ingat bila dia balik, dia akan tarik diri, tetapi dia teruskan.
 
Menurutnya, sepatutnya dengan isu moral seperti itu, orang-orang PAS, parisit dalam PAS tumpu kepada Elizebert Wong sebab itu yang jadi percakapan ramai (menjejaskan PR), tapi tidak begitu, saya yang jadi sasaran," katanya.
 
Cerita ADUN Bukit Lanjan Elizebert Wong itu kembali memanas apabila bekas teman lelakinya Hilmi Malek ditangkap di Batam Indonesia Jumaat lepas kerana cuma membuat passport Indonesia menggunakan identiti palsu.
eliwong 
Bila Dr Hasan bercakap pasal parasit dalam PAS, ramai mengaitkan dengan MP Shah Alam Khalid Samad, entah benar, entah tidak, tetapi perseteruan mereka berdua sudah lama menjadi buah mulut dikalangan pemerhati politik.
 
Tatkala Dr Hasan sibuk menjelajah menjelaskan pemecatannya, Khalid menulis dalam blog dan buat sidang media mendakwa Dr Hasan kepinggin hendak jawatan MB dan beliau antara yang disuruh melobi. 
 
"Ini satu fitnah yang sangat besar, kalau dia katakan saya melobi, bila saya melobi, dimana saya melobi, apa saya cakap pada dia, apa saya tulis pada dia, apa memo saya kepada dia, siapa orang lain yang saya bawa berjumpa dengan dia, jika ada sila kemukakan," katanya.
 
"Ini tuduhan yang amat besar, dan tuduhan ini tidak sepatutnya datang dari orang yang menjadi ahli jemaah Islamiyah, golongan ulama yang saya kenal tidak akan buat macam mana ahli parlimen Shah Alam ini.
 
"Ini satu tuduhan yang sangat jahat...saya tak sangka sampai ke peringkat itu tuduhan yang dilemparkan kepada saya," kata yang mencabar Khalid Samad mengemukakan bukti.
 
Selama ini kata Dr Hasan, beliau dituduh macam-macam, tetapi bila beliau meminta penuduhnya mengemukakan bukti, tiada siapapun yang tampil.
 
"Dalam mesyuarat parti lagi, jika kata saya budak suruhan UMNO, saya bersekongkol dengan UMNO, menjadi alat kepada UMNO, buktikan satu, bila saya suruh bagi contoh... mereka jawab "ala memang UMNO, memang UMNO, memang UMNO..." 
 
"Adakah itu jawapannya?" katanya ketawa sinis.
 
Adakah beliau menyesal dipecat dari PAS, dan mengapa beliau enggan merayu lagi, Dr Hasan memberikan lima sebab kenapa beliau rela dilihat berpatah arang berkerat rotan dengan PAS.
 
Dr Hasan menggariskan sebab-sebab itu ialah:
 
- PAS meninggalkan perjuangan asalnya untuk menubuhkan sebuah Negara Islam dan menggantikannya dengan Negara Kebajikan, yang boleh dilaksanakan di mana-mana negara sekular dalam apa juga sistem dan amalan politik.
 
- PAS sudah hilang pendirian dan ketegasan yang boleh dihormati apabila diperkotakkatikkan oleh rakan sekongkolnya dalam pakatan pembangkang khasnya DAP sehingga menolak bulat-bulat Negara Islam.
 
- PAS terlalu ghairah memimpikan Putrajaya sehingga mengorbankan Islam dengan bersekongkol dengan DAP yang terang merupakan musuh Islam.

eskaysumpah1
 
- Pemikiran ulama di dalam Pas yang ada sekarang sudah "dilarutkan" dengan kehadiran sebanyak 70 peratus "parasit" di dalam kepimpinannya yang membawa kepentingan politik berlainan daripada hala tuju Pas.
 
- Kesetiaan wakil rakyat PAS dalam Parlimen lebih besar kepada Anwar Ibrahim kerana memberi perhatian besar dan hadir dengan ramai setiap kali ketua pembangkang itu berucap sedangkan ketika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap, banyak bangku yang kosong.
 
Hasan berkata, PAS kini sudah menyimpang jauh dan terus hanyut daripada perjuangan asalnya selagi parti itu berada dalam pakatan pembangkang bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
 
Menjelaskannya, beliau berkata apa yang dijanjikan kepada masyarakat Islam di negara ini sebelum ini adalah penubuhan sebuah Negara Islam tetapi impian itu sudah mustahil untuk dicapai apabila pakatan pembangkang ditubuhkan dan PAS, atas pertimbangan kepentingan politik semata-mata, telah menyertainya.
 
"Yang kita dapat di Selangor sekarang, samalah akan terjadi di Putrajaya.
 
Kalau mereka (pembangkang) menang atas konfigurasi komponen (parti) yang ada, tak akan adalah Negara Islam, tak akan adalah hukum hudud. Begitu juga pelaksanaan Islam dalam ekonomi, sosial, pertanian dan dasar luar negara.
 
"Jadi bila gabung dengan DAP dan PKR, PAS tak boleh lagilah dengan negara Islam. Ketua Umum PKR (Anwar Ibrahim) pun tak berminat.
 
"Saya baru 15 tahun dalam PAS. Saya masuk PAS kerana saya nak Islam dan kepimpinan ulama iaitu 'tagline' PAS. Itu sebab utama saya masuk PAS. (Tapi) kepimpinan ulama tidak lagi dominan. Negara Islam tak ada lagi, jadi saya nak bergantung ke mana?" katanya.
 
"Dalam keadaan banyak umat Islam bergantung harapan kepada PAS, parti itu sendiri menolak Negara Islam. Alasan yang dahulunya dikatakan oleh PAS sendiri bahawa ia dituntut oleh Islam telah tiba-tiba diputar belitkan oleh PAS juga bahawa tiada disebut dalam al-Quran," katanya.
 
Menyentuh cita-cita PAS untuk menawan Putrajaya, dalam satu temubual dengan Bernama, Dr Hasan berkata beliau tidak mempertikaikannya semasa masih berada di dalam parti itu tetapi tidak mahu Islam dikorbankan dalam usaha berkenaan.
 
"Orang PAS mungkin dah tak sabar nak jadi menteri, itu yang nak ke Putrajaya, itu agak sayalah, sampaikan prinsip perjuangan diketepikan. Dalam soal ini, saya tidak setuju.

anwar-lif1xx
 
"Saya dari awal lagi sudah menentang Negara Kebajikan ni. Walaupun  Putrajaya itu penting tetapi mendaulatkan Islam, Melayu dan Raja adalah matlamat perjuangan politik kita," katanya.
 
Hasan berkata tarikan ke Putrajaya itu sangat kuat disebabkan PAS terus digula-gulakan dan dikipas oleh pemimpin parti pembangkang, dan banyak kepimpinan Pas sekarang rela memejamkan sebelah mata walaupun mereka mungkin sedar PAS sedang diperalatkan oleh rakan pakatan untuk mencapai cita-cita itu.
 
"Bila ke Putrajaya sekalipun, akan berlaku perebutan kuasa antara PAS, DAP dan PKR dalam kementerian-kementerian penting. Dalam pakatan pembangkang pun tak kukuh kerana ini sekadar gabungan tidak kukuh, dan bukannya desakan kemahuan ikhlas dan suci untuk mendaulatkan Islam.
 
Beliau juga berkata kepimpinan PAS perlu berubah dan membuat 'islah' kerana pelbagai prinsip di dalam parti itu dilihatnya sudah tidak betul.
 
Contohnya, Hasan berkata beliau dimaklumkan oleh rakan-rakan dalam parti bahawa apabila Abdul Hadi berbahas di Parlimen, tidak ramai yang berada di kerusi mereka tetapi berbeza apabila Anwar yang berucap, itu pula yang diberi perhatian penuh.
 
"Takkan kita dalam PAS, kesetiaan kita adalah kepada orang lain pula. Pada saya ini prinsip yang sangat tak betul. Prinsip berjemaah tak betul, prinsip berketua tak betul dan prinsip pengikut tak betul. Akhirnya prinsip mengurus organisasi tak betul dan ini yang berlaku sekarang.
 
"Saya dah gambarkan sebelum ini selepas menjadi kerajaan di Selangor selama tiga tahun dan 10 bulan dengan melihat semula kekuatan, kelemahan dan peluang.
 
"Saya boleh senaraikan 20 kelemahan tetapi pakatan pembangkang tak buat dan tak berani buat," katanya
 
Hasan juga membidas Anwar kerana suka menimbulkan reaksi masyarakat dengan mengadakan demonstrasi.
 
"Bukan tak bagus demonstrasi tapi bukan semuanya sesuai untuk demonstrasi.
 
Akhirnya (negara) akan jadi anarki dengan masing masing mentafsir berdasarkan pemikiran masing-masing. Itupun perlu mengikut kehendak syariat," katanya.
 
Beliau mengakui diberitahu bahawa di dalam pakatan pembangkang apa juga perkara perlu dirujuk kepada Anwar dan akhirnya akan berlaku amalan autokratik dan dengan itu senang untuk 'menunggangi' PAS.
 
"DAP tak mudah ditunggangi," katanya
-agendadaily

BN MENANG PRU 13 SEBAB HASSAN ALI??


Kesan positif yang diperoleh hasil pendedahan kepincangan Pas oleh Datuk Dr Hasan Mohamed Ali memberikan kelebihan buat BN
.
Memang di akui siri jelajah Dr Hasan banyak memberi faedah kepada BN, tetapi BN tidak boleh leka sebaliknya terus mendekati rakyat kerana mereka yang akan menjadi penentu kemenangan dalam pilihan raya nanti.

 Tindakan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu memberi peluang kepada BN untuk menjelaskan dasar kerajaan kepada rakyat tanpa halangan.
Memang tidak dinafikan siri jelajah bekas Exco Selangor tersebut, yang didakwa mampu mengumpul sehingga 15,000 orang pada satu-satu ceramahnya mengugat Pas.

Pas terpaksa mengambil masa yang banyak untuk membuat penjelasan kepada ahli mereka tentang perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dr Hasan, dan ini memberi masa kepada BN untuk bekerja tanpa gangguan.

Bagaimanapun, ia tidak boleh dijadikan batu loncatan sehingga BN berasa selesa kerana situasi PRU-13 adalah berbeza.

Memang sangat diakui isu yang dibangkitkan Hasan Ali akan membantu membuka mata rakyat terhadap kebenaran perjuangan Umno iaitu untuk agama Islam, bangsa Melayu dan memartabatkan institusi Raja-Raja Melayu kerana parti lain tidak mampu membuktikan sepertimana umno.

pssssssssst: Pas dah mula menyalahkan orang lain sedangkan kesilapan mereka sanggup menjadi boneka pkr dan dap!! 

Saturday, 18 February 2012

18sx: KANTOI!!!! TERIMA PADAH LEPAS INI!


KUALA LUMPUR: Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembawa virus HIV.

Bagaimanapun, persiapan sebelum dan selepas mati memerlukan perbelanjaan besar. Justeru, selagi ada hayat, mereka perlu mengumpul wang sebanyak mungkin walaupun tindakan itu menyebarkan virus maut kepada orang lain.
pix_middle
Itulah tindakan sebahagian wanita pekerja seks dari China yang sanggup ‘berkhidmat’ di negara ini semata-mata untuk mengumpul duit mati sebanyak mungkin.
Mereka mudah berbuat demikian kerana sebahagian besar memiliki pakej sebagai wanita idaman lelaki hidung belang di Malaysia seperti kulit putih gebu, montok dan tinggi lampai.

Ini dibuktikan apabila siasatan polis mendapati ada antara wanita terbabit mampu memperoleh lebih RM30,000 sebulan dengan hanya ‘bekerja’ 20 hari walaupun mengaku menghidap Aids/HIV.

Lebih bahaya, wanita terbabit sebenarnya dikategorikan sebagai gred C iaitu sudah lama ‘berkhidmat’ sebelum beralih angin ke Malaysia, manakala wanita gred A dan B lazimnya menawarkan khidmat di negara sendiri atau negara maju yang mempunyai kuasa beli lebih tinggi.
Fenomena menakutkan itu didedahkan Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan berdasarkan operasi dan serbuan polis sebelum ini.

“Mereka mengaku ke Malaysia untuk mencari duit sebanyak mungkin dan berbuat demikian hingga penghujung nyawa, walaupun menyedari menghidap Aids atau pembawa virus HIV,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.
Berdasarkan siasatan, katanya, kebanyakan wanita terbabit menguruskan sendiri kemasukan ke negara ini dan dengan kos tidak sampai RM500, mereka mampu membawa pulang RM36,200 selepas hanya ‘bekerja’ 20 hari. Itu juga menjadi punca ramai wanita asing gemar ‘cari makan’ di Malaysia.

“Lazimnya wanita, terutama dari China, diberikan gred iaitu A, B atau C. Di Malaysia, kebanyakan wanita terbabit sebenarnya cuma gred C, manakala gred A atau B mengisi keperluan di negara sendiri atau negara maju lain.

“Golongan gred C paling ramai membawa musibah, terutama jika tahap kesihatan mereka tidak diperiksa.

“Bayangkan ada antara mereka melayan sehingga 10 lelaki sehari tanpa mengetahui status lelaki ditiduri, sekali gus mendedahkan mereka kepada pelbagai penyakit berjangkit.

“Lebih mengecewakan, ada antaranya terus menjalankan aktiviti itu walaupun menyedari mereka berpenyakit.

“Ini tidak termasuk status kesihatan lelaki asing yang meniduri mereka ketika masih dikategorikan gred A atau B di negara lain sebelum ini,” katanya.

Menurut Abdul Jalil, setakat ini warga China, Thailand, Indonesia dan Vietnam masih mendominasi kegiatan maksiat di negara ini berdasarkan statistik diperoleh D7 hasil tangkapan pada 2010 dan 2011, meskipun wujud pekerja seks dari negara baru seperti Uganda dan beberapa negara Timur Tengah.

Katanya, ada antara negara terbabit mencatatkan penurunan, manakala ada juga yang menunjukkan peningkatan dan ia dipercayai didorong beberapa faktor, terutama bahasa.

“Sebagai contoh pada 2010, jumlah tangkapan membabitkan wanita China sebanyak 6,199 orang manakala pada 2011 jumlahnya menurun kepada 5,795 berbanding Vietnam yang mencatat peningkatan kepada 812 tangkapan (2,823 orang) pada 2011 berbanding 2,105 orang pada 2010,” katanya.

Secara kasar, katanya, polis mendapati kebanjiran wanita Vietnam disebabkan mahir berbahasa Inggeris atau sekurang-kurangnya boleh berkomunikasi dalam bahasa itu yang memudahkan mereka berurusan dengan pelanggan.

“Jika wanita China, pelanggan yang tidak pandai berbahasa Mandarin atau Hokkien terpaksa membuat tawaran melalui kalkulator (menaip angka) untuk meminta diskaun dan ia merumitkan, berbanding hanya menyebut angka dalam bahasa Inggeris dengan wanita dari Vietnam.

“Ia seakan-akan lucu, tetapi itulah fenomena yang berlaku berdasarkan pengamatan polis dalam beberapa serbuan sebelum ini,” katanya.

Metro Ahad difahamkan, berdasarkan hitungan kasar, wanita warga asing menawarkan perkhidmatan serendah RM180 untuk sekali perkhidmatan dan jika didarab dengan 10, ia menjadi RM1,800 jika mereka ‘bekerja’ dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.

“Jumlah RM1,800 jika dikumpul selama 20 hari menjadikan pendapatan mereka RM36,000 dan selepas ditolak perbelanjaan makan, minum serta sewa rumah, mereka masih mampu membawa pulang RM30,000.

“Itu bagi mereka yang tidak mengamalkan cara hidup mewah dan jika berbelanja RM10,000 sebulan sekalipun, mereka masih mampu membawa wang ke negara asal sebelum kembali semula ke Malaysia untuk mengumpul kemewahan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap kehadiran pelancong sebegini, terutama yang mempunyai cop keluar masuk lebih daripada dua kali ke negara ini, dipantau supaya kegiatan seperti itu dapat dibendung, selain merekodkan cap jari pelancong bagi mengelak identiti mereka dipalsukan.

“Kita tidak nafikan ada antara mereka benar-benar melancong dan berminat dengan keindahan negara kita, tapi pada masa sama kita harus berwaspada dan mengawasi pergerakan dengan memantau aktiviti dan mengetahui lokasi mereka.

“Mungkin kita perlu memperkenalkan sistem penjamin, iaitu mereka yang ingin ke negara ini perlu ada sekurang-kurangnya seorang penjamin bagi memastikan golongan ini tidak melanggar undang-undang negara dan jika ingkar, penjamin boleh dikenakan tindakan,” katanya.

Thursday, 16 February 2012

GEMPAR!! VIDEO LUCAH ARTIS TERSEBAR!!


Kalau sekali sebut, pasti’nya nama Melia Aimelia tidak tersimpan dalam memori indah anda semua, tetapi jika kami sebut judul filem lakonan beliau.

Semalam kami ada dedahkan satu gossip yang mengatakan kami ada terima beberapa screenshot dari sebuah video separa lucah yang di’dakwa di’lakonkan oleh Melia Aimelia sendiri.

Lewat hari ini, kami berjaya terima video penuh berdurasi hampir 30 saat itu yang memaparkan aksi solo individu yang di’dakwa Melia Aimelia — heroin filem Karipap Karipap Cinta. Hmm.
Tidak akan kami siarkan video penuh individu tersebut tetapi di’bawah kami sertakan dua screenshot ‘manja’ dari video tersebut sebagai perbandingan buat Melia Aimelia yang di’dakwa terlibat secara langsung.


Anda nilaikan sendiri jika benar individu dalam screenshotdi’atas adalah Melia Aimelia atau hanya sekadar pelanduk dua serupa yang sememangnya sering terjadi kepada selebriti Malaysia.



Namun, jika benar video ini memang hasil lakonan Melia Aimelia, ada individu yang perlu menjawab soalan bertubi tubi dari media dan juga para peminat

AZMIN DALANG SEBENAR PENYEBARAN GAMBAR LUCAH ELIZABETH WONG?



Sehingga ke hari ini, tiada sebarang suara yang kedengaran daripada Elizabeth Wong berhubung penyiaran gambar-gambar barunya yang bukan sahaja memaparkan kelucahan melampau, tetapi juga memaparkan satu lagi budaya politik kotor dalam PKR yang mungkin kurang diperhatikan atau dipedulikan oleh ahli-ahli PKR atau penyokong Pakatan Rakyat sendiri.

Siapa sebenarnya yang merakamkan gambar Elizabeth Wong?

Jawapannya adalah Helmi Malik.

Mengapa Helmi Malik merakamkan gambar lucah Elizabeth Wong, padahal dia adalah ahli PKR dan kekasih Elizabeth Wong?

Jawapanya ialah, Helmi Malik sebenarnya telah diarahkan seseorang untuk berbuat begitu.

Begitu juga dengan kamera gedabak yang ditemui dalam bilik Menteri Besar Selangot. Mengapa sehingga kini keputusan siasatan tentang kamera pengintip gedabak itu tida, diumumkan?

Justeru, satu suruhanjaya siasatan perlu dibentuk untuk menangani masalah ini. Elizabeth Wong jelas menjadi mangsa kepada permainan politik dalaman PKR. Menjadikan kemaluannya sebagai umpan dan modal politik, merupakan kaedah terpantas untuk menyingkirkan Elizabeth Wong sekaligus menghapuskan halangan kepada orang tertentu dalam PKR yang sedang mengatur orang-orangnya!!!!
tq-flyingkick

KECOH VIDEO LUCAH MANOHARA TERSEBAR??




Manohara kembali digoyang isu tak sedap. Beberapa waktu lalu, sempat beredar video porno mirip dengan dirinya. Tetapi, Manohara menyikapi dengan santai soal beredarnya video tersebut karena dia tak merasa itu adalah dirinya.

"Memang bukan Mano. Kelihatan dari beberapa anatomi memang bukan aku," kata Mano saat ditemui di Trans TV, di bilangan Mampang, Jakarta Selatan, Kamis 15 Juli 2010 malam.

 
Mano mengaku video itu sudah pernah muncul setahun yang lalu. Dan video itu dikatakan cukup menghebohkan sehingga dia langsung melakukan klarifikasi. Dia mengaku ini untuk kali kedua dirinya membantah soal adanya video tersebut.

"Dulu video ini pernah dikeluarkan setahun lalu. Dan diambil dari video itu, dipotong-potong dijadikan foto lalu dikeluarkan lagi," ucapnya.

Meski terlihat tenang, artis berwajah indo ini tetap saja merasa terganggu dengan kehadiran video tersebut. Apalagi, banyak yang menanyakan soal kebenaran video itu kepada dirinya. Mano pun terpaksa harus memberikan penjelasan agar nama baiknya tak tercoreng.

Gambar video yang dikatakan Manohara
 
Tetapi, kehadiran video itu tak lantas membuat wanita ini khawatir akan dipanggil atau diperiksa oleh pihak berwajib. Dia merasa itu memang bukan dirinya.

"Dia (polisi) juga bisa lihat videonya dan itu bukan aku. Mano juga sudah mengklarifikasi setahun lalu," ujarnya. (sj)