ANIMSI

home

Followers


Monday 21 October 2013

NAHAS! Bila Kafir memperjuangankan seks luar tabii bukan lagi dianggap jenayah!


 NGO Islam membantah laporan yang dikemukakan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) untuk menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam di negara ini pada proses Semakan Berkala Universal di Geneva, Switzerland 24 Oktober ini.(gambar hiasan).

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Dr Yusri Mohamad berkata, Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Islam di dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (Muslim UPRo) telah menyuarakan pelbagai pandangan balas terhadap kekeliruan yang cuba ditimbulkan pihak Comango.

"Kita juga telah memutuskan untuk menghantar delegasi ke Geneza untuk memantau dan menyampaikan pandangan dalam ruangan yang dibenarkan dalam proses tersebut.

"Hari ini (semalam), gabungan kami ingin mengemukakan memorandum berkenaan isu ini dan akan diserahkan kepada pihak Kerajaan Malaysia dan pihak-pihak berkenaan," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad; Penasihat Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kuala Lumpur, Mohd Gunawan Che Ab Aziz dan wakil delegasi NGO, Aris Zawadi Ahmad.

Beliau berkata, Muslim UPRo mengangap kenyataan jurucakap Comango, Honey Tan Lay Ean di dalam sebuah portal online yang menafikan dakwaan mengancam Islam, sebagai usaha untuk mengalih perhatian.

"Ini adalah percubaan tidak jujur pihak Comango untuk berdalih dan mengalih perhatian daripada hakikat sebenar laporan mereka itu.

"Sesiapapun yang merujuk kepada laporan tersebut akan menemukan secara hitam dan putih beberapa kandungan mengancam Islam dan umat Islam di Malaysia," katanya.

Antara kandungan yang dimaksudkan seperti kebebasan beragama, seks luar tabii bukan lagi dianggap jenayah, hak-hak istimewa kaum Melayu dan Bumiputra dipersoalkan, mempersoalkan enakmen kesalahan jenayah Syariah dan perkara menyentuh kebebasan beragama dan bersuara.

Pada masa sama, Yusri turut menasihati sesetengah pihak agar menghormati keputusan Mahkamah mengenai isu kalimah ALLAH dalam majalah The Herald, 14 Oktober lalu.

"Tindakan mereka seakan mengancam kredibiliti mahkamah sebagai jalan penyelesaian konflik yang semakin tidak dihormati sehingga membuka pintu kepada ancaman kedudukan Islam dan kesejahteraan negara.

"Pembela menyeru agar semua pihak menghormati kebebasan hakim untuk membuat keputusan. Pihak yang berdegil tidak menghormati hakim dan sistem mahkamah harus dikenakan tindakan sewajarnya," katanya.a

No comments:

Post a Comment