ANIMSI

home

Followers


Wednesday 10 July 2013

Ya Allah.. Sadis!! Lagi Kes Askar Bunuh Diri..

Askar Mati Bunuh Diri Di Kem Kementah

Seorang anggota tentera ditemui mati dipercayai akibat bunuh diri di kem tentera di Jalan Padang Tembak. Lelaki berkenaan berusia 24 tahun.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dalam satu sidang media mengesahkan lelaki berkenaan menggantung dirinya dan ditemui mati oleh polis selepas mereka dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 7 pagi Rabu.
“Kami masih menyiasat,” katanya di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, di sini.
Dalam pada itu, Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan mengeluarkan kenyataan mengesahkan kejadian itu.
Menurut kenyataan, anggota tentera itu ditemui mati di pada pukul 5.45 pagi di Kem Kementah, Jalan Padang Tembak.
Kenyataan itu menambah bahawa Angkatan Tentera telah menyerahkan kes itu kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

No comments:

Post a Comment