ANIMSI

home

Followers


Tuesday 23 July 2013

BLOG PEMBANGKANG SUNGGUH KEJAM MEMFITNAH RAKYAT BUDAK SEKOLAH!!

Pada bulan Mac 2010, saya menjalankan tugas di Kampung Beting, Jakarta. Tandas penduduk setinggan tanpa dokumen sah  itu terletak DI LUAR  rumah. Saya meniti jambatan di kampung itu untuk bergerak dari rumah ke rumah.

Tersilap langkah, air najis agak pekat berwarna hitam dan coklat  menunggu saya di bawah.
Klik di sini.
Kedudukan tandas di kampung setinggan itu amat jauh berbeza dengan lokasi tandas di kebanyakkan kondominium, apatmen dan pangsapuri kita di Malaysia. Tandas DI DALAM rumah dan acapkali kita menjamah makanan di hidangkan di atas meja terletak kurang 2 meter dari tandas. Namun kelompok  hidup kaya raya,  menetap di banglo besar, barangkali berbeza.  Ruang rumah lebih  luas, tandas agak jauh dari meja makan tetapi ruang membuang najis itu masih DI DALAM rumah.

Tidak mustahil, sesekali,  sewaktu kita makan, bunyi pengguna tandas di rumah sedang membasuh berak pun boleh didengari dari meja makan  namun makanan masih terus disumbat  ke mulut.  Itu pun kalau berak berbasuhlah.  Ada juga saatnya, kita terdengar pengguna tandas di rumah terkentut kuat, berak cair dan bau najis turut  menyelinap keluar dari tandas tetapi kita tidak berhenti makan, mungkin hanya sekadar tersenyum sahaja.
Biarpun berulang kali dinyatakan di entri terdahulu, pelajar SRK Sri Pristana TIDAK berehat dan makan di TANDAS atau BILIK AIR, sebilangan pembaca tidak dapat menerima fakta itu. Sebelum ramadan, bermula Mac lalu,  BILIK PERSALINAN pelajar perempuan dibersihkan dan kemudian dinaiktaraf. Menurut wakil Pejabat Pendidikan Daerah, ruang terbabit tidak berbau busuk ataupun kotor.
Pelajar di sekolah sama juga  diterapkan dengan kempen menjaga tandas di kawasan sekitar agar sentiasa bersih.  Maksudnya, TIADA tandas di dalam bilik persalinan itu,  seperti kedudukan  tandas di dalam rumah  tempat kebanyakkan daripada kita berteduh di bandar. 
Lihat gambar di sini.
"Sewaktu meninjau ruang di bilik persalinan  terbabit bersama wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru, PIBG serta kakitangan sekolah, kami terlewat untuk pulang ke rumah. Jadi kami membuat keputusan  berbuka di ruang sama selepas  doa dibacakan. Tidak ada sebarang masalah, Alhamdulillah, kami berselera makan selepas sehari menahan lapar dan dahaga" ujar beliau.
Gambar di bawah dihantar kepada saya oleh Yang DiPertua PIBG SRK Sri Pristina, Hussein Mohd Ariff.
"Gambar itu, suasana majlis berbuka puasa di bilik persalinan disalah anggap sebagai tandas," kata Hussein.
Apapun bermula hari ini, pelajar bukan beragama Islam akan menggunakan  kantin sekolah seperti biasa selepas kerja pengubahsuaian selesai.
Kepada semua pelajar di SRK Sri Pristana tanpa mengira bangsa dan agama, selamat menuntut ilmu agar semua menjadi insan berguna di masa akan datang. 
Sebilangan daripada mereka, barangkali akan menjadi pengendali blog TANPA dibayar seperti saya. Justeru mereka tidak perlu untuk mengikut telunjuk sesiapa dalam mencatatkan fakta di blog. -mazidul
 
 Blog Amenoworld di entri terkini memaparkan dakwaan KONONNYA pelajar bukan Islam, berketurunan India dan Cina makan di dalam BILIK AIR. 

No comments:

Post a Comment